fbpx

Digelar Duda Hot, Hisyam Hamid Anggap Sebagai Pujian

Pelakon Hisyam Hamid melihat gelaran duda hot dianggap sebagai perkara yang boleh memberi kesan baik kepada dirinya.

Memetik HibGlam, Hisyam berkata dia juga bersyukur kerana telah melepasi fasa ‘jatuh terduduk’ dipercayai merujuk kepada kegagalan rumah tangganya.

BACA: Hisyam Hamid ‘Video Call’ Dengan Anak Perempuan Jadi Perhatian

“Saya anggap label duda hot itu sebagai satu pujian kepada saya. Mungkin benda tersebut secara tak langsung ada impak positif.

“Alhamdulillah, sekarang saya gembira dengan ‘progress’ diri. Ini proses saya untuk bangun selepas jatuh,” katanya.

Sementara itu, Hisyam berkata dia lebih selesa hidup membujang kerana mahu memberi fokus kepada anak-anak dan ibunya.

“Buat masa ini saya selesa dengan hidup begini (duda). Berkawan macam biasa dengan semua orang. Saya hanya mahu berikan tumpuan kepada anak-anak dan ibu saya,” katanya.

Terdahulu, Hisyam mengesahkan sudah pun bercerai dengan Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel selepas 18 tahun bergelar suami isteri. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.

SUMBER: HibGlam