Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu perkongsian di Instagram.
Difahamkan, Nabil membuat permohonan maaf itu dipercayai susulan ketelanjuran katanya ketika mengendalikan sebuah program baru-baru ini dan akan lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan di masa akan datang.
BACA: Pentingkan Kesetiaan, Nabil Ahmad Tolak Tawaran Ratusan Ribu Jenama Lain
View this post on Instagram
“Assalamualaikum semua, saya Nabil Ahmad, di bulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai ada ayat saya yang mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu.
“Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri,” katanya.
Altimet pernah cakap, “…7 kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa”.
Situasi ini bolehlah dikaitkan dengan si Nabil ini. Orang yang dia hina ‘terlebih pandai’ ialah JAKIM. Hanya disebabkan kawan selebriti dia direhatkan dari stesen TV.
pic.twitter.com/ULPySpYCVO— Roman Akramovich (@SyedAkramin) June 19, 2024
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila Nabil dikecam di media sosial susulan kenyataannya apabila pengacara itu mengatakan kita sedang melalui zaman di mana orang-orang baik sedang diuji (direhatkan).
Menurut Nabil lagi, ada orang terlebih bijak dan pandai membuat penghasutan terhadap golongan asatizah sedangkan apa yang diperkatakan ada kebenarannya dan jika tidak benar, mungkin perkara itu boleh dibincangkan dengan baik.