Baru-baru ini, perkongsian pelakon Puteri Balqis menjadi perhatian apabila meluahkan rasa bengang terhadap seorang pelakon remaja namun tidak didedahkan namanya.
Memetik Xtra, tampil memberi respon apabila didakwa bergaduh dengan pelakon, Qistina Raisah, Balqis berkata dia tidak menyebut nama mana-mana pihak atau selebriti dalam statusnya itu.
BACA: Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Perkara Sebenar
“Saya tak suka orang yang play victim. Setahu saya, saya tak ada sebut nama mana-mana selebriti jadi saya tak faham kenapa perlu bercakap lebih. Saya tak suka cakap banyak, saya cakap sekali je.
“Saya tak rasa dia saja aktres 14 tahun di Malaysia. Saya tak tahu kenapa nama saya disebut-sebut sedangkan saya tak sebut sesiapa. Saya tak tahu kenapa perlu play victim,” katanya.
Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai status tersebut, Balqis enggan mengulas tujuan sebenar dan hanya memberikan senyuman.
Dalam pada itu, Balqis berkata dia tiada masalah untuk bekerjasama bersama Qistina jika watak diberikan bersesuaian.
Sementara itu, Balqis menafikan dia sengaja memburukkan rakan-rakan selebriti lain. Menurutnya, dia tidak akan bersuara melainkan jika perkara itu melampaui batas.
“Saya bukan memburukkan. Apa yang mereka burukkan, diorang ada atittude untuk nampak baik. Setiap kali tak ada apa apa buruk pasal diorang yang viral.
“Saya bukan nak burukkan diorang, tapi takkan semua benda saya kena, saya kena diam. Saya memang pendiam, tapi saya perlu juga lantang bersuara.
“Saya bukan jenis yang hari ni bergaduh, besok up status. Kadang-kadang makan tahun untuk benda tu berulang untuk saya bercakap.
“Jadi saya rasa kalau orang tak mention nama saya pun, walaupun saya tahu orang itu cakap 100% pasal saya.. Saya tak akan bersuara melainkan kalau dah melampaui batas,” katanya