Diana Rafar Dan Suami Selamat Timang Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada Diana Rafar dan juga suami, Zamarul Hisham kerana telah selamat menyambut cahaya mata kedua (perempuan), diiringi azan Asar pada 22 Ogos di sebuah hospital swasta di Shah Alam. Anak kedua mereka ini diberi nama Kayla Reysha.

BACA: Diana Rafar: Saya Dah Suruh Dia Cari Pengganti

“Saya bertarung nyawa kira-kira sejam. Namun, Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Tapi saya banyak membaca surah Yasin dan mendengar zikir yang menyejukkan hati pada waktu malam”

“Kuasa Allah dengan kalimah suci yang saya amal dan bacakan cukup besar hingga dipermudahkan urusan bersalin,” katanya kepada BH Online. Anak pertama pasangan ini sudah berusia tujuh tahun.

Apa yang penting, semoga Diana sentiasa berada dalam keadaan sihat sepanjang masa berpantang selain dipermudahkan segala urusan mereka. (rtky/s)

×