Pemergian Diana Danielle ke Australia awal tahun ini untuk menyambung pelajaran sebenarnya mendapat perhatian ramai yang meragui kesahihan pelakon ini berada di sana untuk belajar.

Ada yang berandaian Diana Danielle membawa diri ke Australia kerana ingin lari dari pandangan peminat & juga media ekoran dirinya yang sedang sarat mengandung ketika itu.


BACA: Penampilan Pertama Diana Danielle Di Khalayak Ramai Semenjak Berkahwin

Hari ini menerusi akaun Instagram, Diana Danielle telah memaparkan sekeping gambar yang menunjukkan kad pelajar beliau dan kami kira ini tindakan pelakon ini untuk membuktikan dirinya memang menuntut di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia.

#01 Diana Danielle Tunjuk Bukti Belajar Di NIDA, Australia - ROTIKAYA


Gambar di atas dikongsikan dengan sebaris ayat berbunyi ‘Best time of my life’ dan harapnya dengan tindakan Diana Danielle mengemukakan bukti ini terhapuslah desas desus mengatakan beliau pergi semata mata ingin menyorok dari kita semua.

Or is it?