Pelakon Diana Danielle berkata dia tiada selera untuk membeli rumah di Malaysia memandangkan saiz kediaman yang ditawarkan tidak padan dengan harga yang dijual.
Menerusi perkongsian di X, Diana berkata dia juga bimbang untuk membeli aset berkenaan dan tiada pembeli jika dia mahu menjualnya kelak, akhirnya perlu menangung rugi.
BACA: Diana Danielle Pernah Hidup Susah, Nak Beli Nasi Lemak RM1 Pun Tak Mampu
“Tak ada selera nak beli rumah di Malaysia sekarang. Semua saiz kotak kasut harga setengah juta. Nak let go nanti tak ada pembeli, last-last jual dengan menanggung kerugian. Beli emas je tak sakit hati,” katanya.
Perkongsian Diana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu. Malah, ada yang mengatakan ramai yang tidak membeli rumah disebabkan harga terlalu mahal dan lebih baik membeli emas.