fbpx

Diana Danielle Hairan Netizen Suka Jaga Tepi Kain Orang

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle hairan dengan sikap segelintir netizen yang suka menegur dan menjaga tepi kain orang lain terutama kehidupan selebriti.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Diana berkata netizen juga perlu menjaga mata serta pandangan mereka jika menyentuh mengenai aurat apabila menggunakan media sosial.

BACA: Diana Danielle Dedah Berat Badan Naik 15 Kg, Pembantu Rumah Pandai Masak

Kata Diana lagi, netizen mempunyai tanggungjawab untuk mengawal sendiri kandungan yang ditonton di media sosial.

“Tak faham yang suka tegur-tegur orang dekat media sosial, jangan macam ini jangan macam tu. Aurat itu aurat ini. Mata pun kena jaga juga, kalau betul nak jaga, jaga diri dulu dari terjebak dengan media sosial.

“Lubuk segala fitnah, tipu daya semua lah. Sah sah melalaikan, sah sah banyak benda yang tak patut tengok akan tertengok. Kalau lelaki nampak aurat perempuan dan sebaliknya. Yang tu tak pula nak jaga.

“Semua akaun media sosial ada, TikTok, Instagram, Facebook, X, Youtube, beritahu saja. Kalau check time spent on phone, sekurang-kurangnya berjam-jam sehari just scrolling through content yang tak berfaedah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Diana turut menasihati netizen untuk memberikan lebih perhatian kepada keluarga masing-masing daripada sibuk dengan urusan hidup orang lain.

“Tu selalu cakap, jaga diri dan keluarga dulu. Pantau mereka dulu tengok mereka consume what kind of information on social media nowadays.

“Kalau you kisah dengan kehidupan sendiri, you takkan ada masa nak doom scroll and drop random DMs kepada orang tak kenal. Ni sibuk betul nak jaga aurat anak orang, anak sendiri entah ke mana.

“Sibuk nak tahu siapa curang siapa apa, laki bini sendiri terabai. Sibuk nak tolong siram rumput jiran sebelah, rumah sendiri bersarang. Berhenti. Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain,” tulisnya.