fbpx

“Dia Tiada Gambar Sopan Ke Nak Kongsikan?”

Mungkin kita jarang dengar tentang drama lakonan Raysha Rizrose namun dalam masa yang sama selebriti ini sentiasa menjadi perhatian peminatnya. Baru-baru ini, gambar Raysha yang dikongsikan di Instagram menjadi perhatian lelaki gatal selain turut mengundang kecaman.

BACA: Raysha Rizrose Belum Sedia Kahwin

Melalui gambar tersebut, terdapat pelbagai komen yang dirasakan kurang sopan dan ada juga yang turut menasihati pelakon berkenaan agar berpakaian lebih sopan.

Selain ada yang mendesak agar pelakon berkenaan memadam gambar berkenaan, Raysha dilihat tidak memberikan respons terhadap komen-komen tersebut.

Apa yang pasti, sebagai seorang selebriti pastinya Raysha yang juga merupakan adik kepada Uqasha dan Nelydia ini mempunyai jawapan tersendiri dalam setiap tindak tanduk yang dilakukannya olehnya. Bak kata netizen, jika sakit mata memandang, unfollow sahaja. (rtky/s)