fbpx

Umum mengetahui, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kini berada di United Kingdom, London untuk menyambung pengajian di sana.

Meskipun berada jauh dari Malaysia, namun perkongsian Leona sering menjadi perhatian ramai apatah lagi sering memuat naik video dan gambar berpakaian seksi.

BACA: Pakaian Terlalu Seksi, Azhar Sulaiman Minta Leona Jadi Bijak

Memetik mStar Online, Azhar meluahkan rasa hairan apabila anaknya itu menjadi perhatian serta menyifatkan kecaman diterima Leona seperti seorang selebriti.

“Saya suah bercakap dengan Leona, pada dia senang sahaja, dia bukannya superstar. Dia hanya berkongsi gambar di media sosial.

“Bila dia berpakaian sopan netizen tidak pula berkata apa-apa tetapi apabila dia mengenakan seluar pendek ramai pula netizen yang ambil dan kecam dia di media sosial,” katanya.

Kata Azhar lagi, anaknya sering mengadu apabila netizen melemparkan kecaman terhadapnya serta mengatakan apa yang dilakukan Leona adalah urusannya dengan Tuhan.

“Bak kata Leona, mereka seperti masuk ke rumahnya dan curi-curi dengar kemudian keluar dan sebarkan kepada orang lain. 

“Adakah anda rasa itu perkara yang baik? Apa sahaja yang dilakukan oleh anak saya biarlah urusannya dengan Tuhan,’ katanya.

Dalam pada itu, Azhar beranggapan kisah anaknya sering dipaparkan di portal hanya untuk menaikkan rating pembaca memandangkan orang ramai mahukan cerita sensasi.

“Sebagai seorang yang aktif di media sosial, saya juga mencari info di laman web lain sebelum saya melontarkan idea. Jadi bahan untuk kita bercerita perlu cari ditempat lain terlebih dahulu.

“Bagi saya Leona juga hanya menjadi bahan bercerita kepada netizen. Orang tak mahu melihat perkara yang baik, sebaliknya mereka mahukan sesuatu yang sensasi,” katanya.