fbpx

Pelakon Salina Saibi mendedahkan dia masih berkomunikasi dengan pengarah Syamsul Yusof yang juga sahabatnya itu menerusi mesej meskipun sudah lama tidak bertemu.

Memetik mStar Online, Salina berkata Syamsul memaklumkan dia dalam keadaan baik dan tidak perlu risau serta memberitahu masih sayangkan keluarganya. 

BACA: “Jangan Ingat Kami Gembira Syamsul, Ira Bercerai “ – Yusof Haslam

“Dia selalu cakap dengan saya jangan risau, dia okay. Dia ada kata sebagai manusia tak lepas daripada buat kesilapan. Dia masih sayangkan keluarganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Syamsul,” katanya.

Dalam pada itu, Salina berkata dia terkejut dan sedih mendengar berita kemelut rumah tangga Syamsul serta mendoakan agar dipermudahkan urusanya.

“Kami dah bersahabat sejak filem Bohsia lagi. Sukar nak gambarkan apa perasaan saya selepas mendengar berita tentang Syamsul.

“Saya hanya berharap urusan dia dipermudah, mungkin ada hikmah tersembunyi, Allah saja yang tahu. Apabila berlaku perkara begini (perceraian) dalam hidup dia, sebagai kawan sudah tentu saya terasa,” katanya.

SUMBER: mStar Online