fbpx

“Dia Lelaki Terbaik Buat Saya” – Aiya

Pelakon Fadlan Hazim selamat menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati Aiya Mukhamedsalova, merupakan seorang jurutera komputer dari Kazakhstan semalam dalam majlis serba sederhana di Masjid Wilayah Persekutuan.

Memetik Harian Metro, Aiya menyifatkan Fadlan lelaki terbaik buat dirinya serta tertarik hati dengan pelakon itu kerana dia seorang lelaki yang baik.

BACA: Fadlan Hazim Sah Bergelar Suami Kepada Wanita Kazakhstan

Sementara itu, Aiya berkata dia memahami kerjaya suaminya sebagai pelakon serta akan terus memberikan sokongan buat Fadlan.

“Saya okay dengan kerjaya dia dan tahu tuntutan kerjanya sebagai pelakon. Saya juga sedia menemani dia ke majlis hiburan yang perlu dihadirinya kerana saya menyokong dia. Saya terpikat padanya kerana dia lelaki yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Fadlan mengakui ada sedikit perasaan sedih kerana ibu bapa dan ahli keluarga isterinya tidak dapat hari dalam majlis perkahwinan mereka.

“Alhamdulillah, perkahwinan kami direstui keluarga Aiya walaupun mereka tidak dapat hadir hari ini. Keluarga mentua saya gembira kerana semuanya berjalan lancar.

“Mereka akan datang pada Oktober depan ketika majlis resepsi kami. Lagi pula, saya pun tidak bercuti lama dan akan kembali semula ke lokasi penggambaran drama yang dilakonkan bersama Ayda Jebat,” katanya.

Ditanya mengenai soal cahaya mata, Fadlan berkata dia dan isteri ada merancang serta mahu mempunyai dua cahaya mata sahaja.

“Saya dan isteri merancang mahu menimang dua cahaya mata saja. Namun, bukanlah dalam waktu terdekat dan mungkin selepas setahun kami berkahwin. Apa-apapun, kami serahkan semuanya atas ketentuan Allah,” katanya.