Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelakon Nabila Huda berkata dia tidak mengenali Nad Zainal serta meluahkan rasa pelik Instagramnya telah disekat.
Nabila turut mengatakan secara sarkastik mungkin dia tidak dapat mengingati kerana sebelum ini dua kali dijangkiti Covid-19 sehingga memberi kesan kepada ingatann
BACA: Nabila Huda Tak Kenal Nad Zainal Tapi Kena Block
Menerusi temu bual bersama Melodi, Nabila atau lebih mesra disapa Abil itu berkata dia tiada istilah merajuk dalam kamus hidupnya serta mengatakan dia tidak mengenali Nad Zainal
“Memang saya tak tahu siapa dia. Mungkin sebab Covid jadi saya lupa. Benda yang tak penting, kita kena fokus ke hadapan tak payah fikir benda-benda yang mendatangkan faedah.
“Kalau dah lupa, lupa ingatan terus. Banyak sangat baca skrip, watak masuk dalam TV. Kalau dipertemukan, saya tetap tak kenal dia,” katanya.
Ditanya mengenai perkongsian pelakon Sharifah Sakinah, Abil berkata rakannya itu mungkin ada pendapat sendiri mengenai perkara tersebut.
“Sakinah mungkin ada pendapat, cara dia, perasaan dia sendiri tahu.. Saya rasa kasihan dekat Kinah. Ayat dia tepat dan padat,” katanya.
Mengulas secara umum, Abil berkata jika dia sayangkan seseorang dia akan setia sehingga ke akhir hayat. Dalam pada itu, Abil berkata dia sudah lupa dengan posting bergambar bersama Nad Zainal serta berjanji untuk menjaganya.
“Kalau Abil sayang seseorang, saya akan setia dan sayang sampai mati. Susah untuk saya putuskan perhubungan kecuali kalau ada benda yang menyakiti.
“Cara terbaik adalah berjauhan sementara. Tapi kalau fikir sayang dia tetap juga akan kembali bersama. Ada sesetengah orang, kita tak buat masalah tapi kita ditinggalkan. Apa yang boleh kita buat ialah memaafkan dan mendoakan dari jauh,” katanya.
“Dia dah tak ada dalam kepala otak saya. Saya tak pernah ada sahabat macam itu. Saya hanya ada kawan yang sejati dan sentiasa ada bersama sejak dahulu sampai sekarang,” katanya.