Semalam, seorang wanita yang juga merupakan saksi pendakwaan kesembilan kes pendakwah, Ebit Lew memberitahu Mahkamah Mesjitret Tenim sesuatu yang mengejutkan.
Memetik Harian Metro, wanita berusia 40 tahun itu berkata Ebit pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan melalui panggilan video dan aplikasi WhatsApp.
BACA: Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang
Kata wanita itu lagi, banyak panggilan pendakwah itu tidak disambut dan dia bertanyakan apakaha masalah yang dihadapi oleh Ebit.
“Lebih banyak panggilan dia saya tidak sambut, banyak panggilan saya skip tetapi panggilan ini saya sambut dan tanya apa masalah sebenar (dia) kenapa minta (seks) daripada orang lain, sedangkan Ebit sudah mempunyai isteri.
“Dari situ, dia cerita tentang macam mana layanan seks daripada isteri dan bagaimana sebenarnya (layanan seks yang) dia mahukan,” katanya.
Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan mangsa dengan menghantar perkataan dan gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
SUMBER: Harian Metro