Selamat bergelar suami isteri pada 25 Disember lalu, semalam telah berlangsung majlis resepsi di sebelah pihak Nabila Huda yang diadakan ringkas namun cukup meriah dengan kehadiran rakan-rakan terdekat.
BACA: Nabila Huda: Kehidupan Saya Kini Lengkap
Pada majlis tersebut, Nabila mengenakan busana berwarna hijau gelap secocok dengan suaminya. Selain itu, antara rakan yang turut hadir ialah Uqasha Senrose, Dafi, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.
Semoga perkahwinan pasangan ini akna terus berkekalan sehingga ke Jannah. Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar sepanjang majlis resepsi berlangsung. (rtky/s)