fbpx

Di Sekitar Majlis Berinai Rozita Che Wan & Zain Saidin

Kerana pasangan ini mengehadkan penglibatan media seperti kami dalam perjalanan hari hari bahagia mereka, gambar awal yang boleh anda tatap mungkin tidak memuaskan hati namun raut wajah bahagia Rozita Che Wan & Zain Saidin masih boleh di’lihat.

Malam ini telah berlangsungnya majlis berinai buat pasangan Zain Saidin & Rozita Che Wan yang mengambil tempat di Ndah Mahligai, Shah Alam bermula sekitar 8.00 malam tadi. Itu sahaja maklumat yang kami ada setakat ini.

UPDATE-1: Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N’Dah Shah Alam di sini, malam Selasa. (via mStar Online)

Kami kongsikan beberapa keping gambar di bawah di media sosial dan rata rata peminat keliru dengan persalinan yang dikenakan Zain Saidin & Rozita Che Wan kerana begitu gah seolah olah mereka sudah bernikah dan ketika ini sedang bersanding.

Sesuai rasanya persalinan mereka dengan status majlis perkahwinan bernilai RM13 juta bukan?

Kredit Gambar: Media Hiburan, Aznil Hj. Nawawi, Rizman Ruzaini, Azza Elite & mStar Online