Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini ada memuat naik video di TikTok menghantar anak sulungnya pulang ke sekolah asrama selepas sebulan bercuti.

Menerusi perkongsian itu, Rita meluahkan rasa selepas ini dia dan anak bongsunya akan sunyi apatah lagi  tinggal hanya mereka berdua sahaja.

BACA: Ramai Sebak Tengok Rita Rudaini Duduk Dalam Kereta Tunggu Anak Solat Jumaat

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat video tersebut serta memuji semangat aktres itu yang tabah membesarkan anak-anaknya sendirian.

@ritrud727

Sunyi laa mommy n adik mlm ni ?

? original sound – Rita Rudaini – ritrud727

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah komen seorang netizen yang mempersoalkan apa perasaan bapa kepada anak-anaknya itu menonton video tersebut.

Komen netizen itu dibalas oleh Rita dengan menyatakan bahawa pihak sebelah sana mungkin telah menyekat kerana bimbang jika bapa kepada anaknya itu melihat perkembangan anak-anaknya.

“Tak boleh nampak sebab di sana block takut daddynya nampak fyp anak-anak. Takut nau… sampai mati di kejar bayang-bayang,” tulisnya.

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2018, namun bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

×