fbpx

Selebriti pujaan ramai korang Loca B dan MK dan genggam OPPO Reno 5 F, korang bila lagi? Tak rugi pun korang grab telefon pintar keluaran OPPO yang terbaru ni. Silap-silap gambar dan video korang boleh setanding dengan selebriti korang ni.

Dalam banyak-banyak telefon pintar yang ada di pasaran, OPPO Reno 5 F ni betul-betul akan buat korang jatuh cinta pandang pertama. Bukan apa, dah lah body slim warna pula lawa. Paling yang buat kami tak tahan sekali teknologi yang ada pada Reno 5F ni. Love wehy!

Kalau tak percaya dengan apa yang kami katakan, nah kami bagi korang layan antara yang best pasal OPPO Reno 5 F ni. Bolehlah sama-sama jatuh cinta nanti.

1. Kuasa Kamera Yang Semakin Power

Kalau bab telefon pintar ni, ramai yang akan tengok part kamera dulu kan? Jadi kami tayang dulu part ni. OPPO Reno 5 F kali ini hadir dengan empat kamera belakang yang terdiri dari kamera utama 48 MP, ultra-wide 8 MP, macro 2 MP, dan mono 2 MP.

Untuk kamera selfie OPPO memberikan sebuah kamera beresolusi 32 MP yang disertakan dengan punch hole.

Sistem kamera belakang OPPO Reno 5 F ini dilengkapi dengan filter baru iaitu Dynamic Bokeh yang menggabungkan effec motion blur dan low light XDR, hingga mode Night Plus yang dapat mengoptimalkan pengambilan foto pada waktu malam.

OPPO Reno 5 F ini juga membawa filter AI bokeh seperti AI Color Portrait hingga Night Flare Portrait. Paling menarik teknologi ini mampu merakam video dengan kuasa resolusi 4K hingga 30 fps dan EIS.

Ini antara hasil gambar yang diambil menggunakan OPPO Reno 5 F. Reno5 F sangat sesuai untuk merakam semua momen kehidupan korang. Dari gambar makro hingga ultra wide-angle dan zoom, Reno5 F merakam perjalanan hidup dengan perincian yang terang dan lebih detail.

AI Color Portrait Video

Menyokong kamera hadapan dan belakang, AI Color Portrait Video mampu mengesan objek manusia dan latar belakang lalu memisahkannya secara pintar. Sekaligus dengan kuasa AI Color Portrait Video ini juga akan menjadi shots korang lebih cantik dan luas biasa.

Dual-View Video

Dual-View Video pada OPPO 5F menggunakan kamera depan dan belakang secara serentak bagi membolehkan anda merakam dua situasi dalam satu video.

Apabila korang menghidupkan mod ini, dua paparan kamera depan dan belakang akan kelihatan pada skrin.

Terdapat tiga mod skrin berbeza iaitu Top & Bottom Even, Rectangular (hampir sama dengan panggilan video di WeChat), dan Circular (seakan panggilan video di WeChat tetapi berbentuk bulat).

Monochrome Video

OPPO Reno 5F juga dilengkapi Monochrome Video yang menyokong kamera utama bagi menonjolkan warna terpilih seperti merah, hijau atau biru dalam video ketika menggunakan GPU bagi menyingkirkan warna lain.

Monochrome Video menyokong video 720p/30FPS dan 1080p/30FPS bagi menonjolkan bintang sebenar dalam video dengan penghasilan kesan gambar menakjubkan melalui warna yang berbeza.

Night Plus

Selain itu, OPPO Reno 5F juga dilengkapi ciri hebat Dynamic Bokeh, Night Plus, Night Flare Portrait, EIS Steady Video AI Scene Enhancement 2.0, AI Color Portrait dan AI Beautification 2.0 yang memberi kesan gambar lebih menarik serta semula jadi.

Soloop

Soloop turut disertakan untuk model OPPO Reno 5 F yang mengubah rakaman dan video menjadi klip kualiti seakan filem dengan penambahan kesan unik dan muzik bagi menjadikannya lebih menarik.

2. Body Yang Memukau

OPPO Reno 5 F hadir dengan body yang lebih ringan dengan berat 172 gram dan ketebalan 7,8 mm. Bentuk body telefon seperti ini akan buatkan korang lebih selesa bila digengam lama-lama.

Di bahagian belakang, korang akan nampak sedikit perbezaan dengan modul kamera Reno 5 yang lain dimana Reno 5 F ini mempunyai bentuk kamera yang memanjang dengan tiga kuasa kamera.

Paling love sekali flowing light design yang ada pada OPPO Reno 5 F ini akan buatkan ia nampak lagi mewah dan elegan. Hadir dengan tiga pilihan warna yang bakal buat anda rambang mata.

Antaranya warna fluid black dan fantastic purple. Bagi kami dua-dua warna ni cantik dan intrend. Sesuai untuk nak OOTD nanti.

3. Kuasa Pengecasan Yang Lebih Pantas

Untuk korang yang selalu sibuk dengan kerja harian, ini salah satu telefon pintar yang paling ngam dengan korang. Dengan OPPO Reno 5 F ini tak perlu nak charges lama-lama, sebab dalamnya telah ada teknologi 30W VOOC Flash Charge 4.0.

Teknologi ini juga turut disokong dengan sistem pemproses MediaTek Octa-core untuk gaya hidup yang pantas.

4. Sistem ColourOS 11.1 Yang Lebih Hebat

Kaki game mesti suka phone ni sebabnya kuasa ColourOS 11.1 ni akan jadikan permainan video game korang lagi smooth dan lancar jer. Tak ada lagi istilah game sangkut bila dah guna OPPO Reno 5 F ni.

Bukan tu jer, dengan kuasa ColourOS 11.1 ia juga mampu jadikan sistem privasi telefon korang lebih selamat dan terjamin.

Best kan, cantik dan unik jer telefon OPPO Reno 5 F ni. Teknologi dia pula betul-betul buat jatuh cinta. Haih rasa tak sabar nak gengam OPPO Reno 5 F ni.

Okey! Semua teknologi yang ada pada OPPO Reno 5F ni kami dah tayang kat korang. Jadi apa tunggu lagi cepat lah terjah OPPO store sekarang. Rugi wehy kalau terlepas phone power macam ni.

Hanya RM1,199 korang dah boleh melaram di pagi raya dengan telefon pintar keluar OPPO ni. Bukan tu jer, siapa yang dah beli Reno 5 F ni akan dapat free gift LED Smart Thermal Flask dan Journal Gift Box bernilai RM99. Wow, best tu bayar satu harga tapi dapay pakej free gift lagi.

Bagi korang yang menggunakan My OPPO App, korang dapat menikmati kod promo RM100 dan tiket wayang GSC dan Popcorn Combo secara PERCUMA!

Jadi jangan lengah-lengahkan lagi masa korang tu. Cepat-cepat terjah Facebook OPPO atau laman Web OPPO untuk maklumat lanjut.