fbpx

Lagu ‘Demi Cinta Ini’ nyanyian Tomok dan Fatin Afeefa dah mula mendapat tempat di hati pendengar. Kami yang mulanya mendengar pun dah terjatuh cinta dah gais.

Nak pula lagu ini merupakan Lagu Tema (OST) untuk siri terbaru Slot Akasia TV3 bertajuk Shakira yang dilakonkan oleh Janna Nick, Shukri Yahya dan Khai Bahar ditayangkan bermula 5 Januari lalu, lagilah terngiang-ngiang di telinga! Sedap betul weh.

Jelas Tomok, keserasiannya dengan Fatin Afeefa di pertandingan Vocal Mania serta pernah membuat cover lagu bersama sebelum ini memudahkan mereka untuk membuat single berdua.

Katanya lagi mereka mula plan untuk keluarkan lagu bersama dan Alhamdulilah selepas 3 hari lagu ini keluar, mendapat respon positif dari netizen.

“Kami tak ambil masa yang lama untuk merakamkan lagu bersama sebabnya saya dah biasa duet dengan Fatin Afeefa dan faham perangai dia.”

Kalau anda amati betul-betul lagu ini, memang ianya menggamit memori lagu-lagu genre 90-an dan Tomok pun akui lagu ‘Demi Cinta Ini’ bergenre kan 90-an. Patut lah sedap betul halwa telinga mendengarnya kan? Betul menusuk di kalbu liriknya.

“Sebagai pencipta lagu dan penyanyi, of couse saya berasa happy dan sangat berpuas hati apabila lagu ini mendapat view banyak dari Youtube dan juga sambutan yang positif dari netizen sebabnya saya dah lama tak keluarkan lagu,” jelas Tomok ketika kami menemubualnya hari ini.

Tambah Tomok, apa yang dia harapkan adalah lagu yang berentak seperti ini diterima oleh semua netizen. Dan ketika ditanya tentang plan masa hadapan, jelasnya akan ada lagi lagu duet dengan beberapa artis yang lain kerana untuk tahun ini memang akan tumpukan kepada kolaborasi dengan kawan-kawannya yang lain sahaja.

Pada anda yang belum dengar lagi lagu ‘Demi Cinta Ini’ boleh jer klik link Youtube DI SINI.