fbpx

Datuk Sani Salleh Kahwin 10 Oktober Ini, Hantaran RM100 Ribu

Sebenarnya tidak adil meletakkan Datuk Sani Salleh sebagai salah satu bahan berita di’sini memandangkan beliau sudah jauh hati dari dunia seni & berjaya dengan deretan bas’nya.

Namun perkara baik buat apa kita tanam dalam-dalam, kita ceritalah sedikit supaya orang ramai tahu. Datuk Sani Salleh bakal berkahwin.

Datuk Sani Salleh bertunang dengan Fatimah Dalilah Omar, anak seorang ahli perniagaan Terengganu pada Jun lalu & mereka bakal berkahwin pada 10 Oktober ini.

Menurut sumber terdekat, pihak lelaki akan menghadiahkan wang hantaran sebanyak RM100,000 selain sebuah kereta mewah bernilai lebih RM400,000.

Jika kami tidak salah kira, kos hadiah berupa hantaran sahaja sudah mencecah setengah juta. Ini sekaligus memadam rekod Juliana Banos — RM77, 888.77.

Sebenarnya itu sahaja yang kami mahu beritahu, details perkahwinan Datuk Sani Salleh tiada beza dengan pasangan lain.

Kita doakan Datuk Sani Salleh & pasangan akan berkekalan sehingga ke’akhir hayat & hidup bahagia sepanajng perkahwinan.