fbpx

Datuk Red Tak Larat Nak Jalan Selepas Sah Cerai

Datuk Red kelihatan sugul dan wajahnya dilihat sedih selepas menceraikan isteri keduanya, Adira Suhaimi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

Memetik Harian Metro, Datuk Red yang ditemui di luar mahkamah hanya mendiamkan diri serta tidak larat berjalan dan meminta untuk pihak media bertanyakan kepada bekas isterinya saja.

BACA: Adira Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai

“Tanya dia (Adira), saya tak larat nak jalan ni,” katanya.

Datuk Red yang menaiki motosikal Honda EX5 pagi tadi bergegas meninggalkan perkarangan mahkamah.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman berkata, kedua-dua pihak sudah berbincang sebelum memutuskan untuk bercerai secara baik hari ini.

“Saya fahamkan mereka sudah berbincang pada hari raya Aidilfitri baru-baru ini rasanya dan hubungan mereka baik dan doakan yang baik-baik buat mereka,” katanya.

SUMBER: Harian Metro