Selepas sah bercerai pada 7 Oktober lalu, nama Fattah Amin menjadi bualan ramai sehingga mendapat gelaran duda terhangat serta menerima sokongan tidak henti daripada peminat.
Baru-baru ini, usahawan Datuk Red berseloroh meluahkan cemburu apabila bekas isterinya, Adira Suhaimi akan menjalani penggambaran bersama Fattah.
BACA: Datuk Red Buat Kejutan Naik Pentas Beri Cincin Pada Adira
@putehhhx
Datuk Red secara berseloroh mencadangkan Adira dan Fattah melakukan penggambaran pada hari berbeza kemudian gambar tersebut disunting untuk digabungkan.
“Zaman sekarang dah canggih, kau photoshoot hari Selasa dan Fattah hari rabu. Nanti gabungkan je gambar tu, aku pun pandai buat lah.
“Aku dah pandai edit sekarang. Tak perlu pergi jumpa dia, dah kenapa. Aku edit kau dukung dia pun boleh, tapi kau tak jumpa dia. Tak perlu pun nak jumpa,” katanya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat Datuk Red dan Adira. Malah, ramai yang mendoakan agar dipermudahkan urusan mereka kembali bergelar suami isteri.