fbpx

Dato Vida Pengumpul Tudung LV Terbanyak Di Dunia

Siapa tak kenal dengan Datuk Seri Vida, usahawan selebriti berjaya di Malaysia. Dah la jutawan kosmetik, sekarang jadi penyanyi popular pula.

Umum mengetahui Datuk Vida mengambil masa yang lama untuk bergelar usahawan berjaya dan berada di tahap sekarang. Banyak dugaan dan cabaran yang dilaluinya sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Dalam satu temubual baru-baru ini, Dato Vida memberitahu harga barang kemas yang dipakai olehnya bernilai RM1 juta setiap kali muncul di kaca televisyen.

Rasanya ramai yang tahu bahawa Dato Vida ni peminat setia jenama mewah terkenal Louis Vuitton. Sehingga kini beliau sudah memiliki lebih 100 buah beg tangan LV.

Tambah Dato Vida lagi, beliau mengistiharkan bahawa beliau merupakan pengumpual tudung LV terbanyak di dunia.

“Saya mengisytiharkan saya memiliki crumple shawl LV terbanyak didunia. Memang banyak tak terkira. Saya beli je. Tapi dah macam kain buruk. Saya berbelanja beli tudung ni sebab kepuasan,” ujarnya kepada mStar.

Sumber: mStar