fbpx

Dapatkan BlackBerry® Curve 9320 Baru Dengan Hanya RM118, Esok

Cemburukan rakan anda yang sering berhubung dengan yang tersayang melalui telefon BlackBerry® mereka? Kini anda juga mampu dengan kos yang minimal serendah RM118.

Esok, Celcom akan melancarkan secara rasmi BlackBerry® Curve 9320 yang terkini di tiga buah cawangan Blue Cube terpilih seluruh Malaysia.

Bermula 10.00 pagi esok, jadi antara 100 orang pertama untuk hadir ke Blue Cube, Pavilion KL untuk menikmati diskaun 85% daripada harga pasaran untuk BlackBerry® Curve 9320.

Untuk anda yang berada di Sabah & Sarawak, jadi 50 orang yang terawal hadir ke Blue Cube 1Borneo, Sabah dan Blue Cube Spring Mall, Sarawak untuk menikmati harga istimewa ini.

Kesemua mereka yang terawal seperti kami sebut hanya perlu membayar RM118 untuk memiliki telefon bimbit terbaru BlackBerry® Curve 9320 dan kalau anda cukup bertuah menjadi lima pengunjung bertuah di’setiap lokasi, anda hanya perlu membayar RM88 dan pulang bergaya dengan BlackBerry® Curve 9320 terkini.

Jangan risau jika anda tidak berjaya menjadi yang terawal esok kerana Celcom menawarkan pakej BlackBerry® Curve 9320 yang cukup murah untuk anda semua. Ya, serendah RM388 sahaja.

Kenapa BlackBerry® Curve 9320 anda tanya? Selain dari merupakan telefon bimbit terkini daripada BlackBerry, model Curve 9320 ini memang di’cipta untuk mereka yang gemar bersosial & mementingkan silaturrahim sesama rakan atau pun orang tersayang.

BlackBerry® Curve 9320 mempunyai kekunci khas untuk akses terus ke BlackBerry Messenger (BBM) yang merupakan platform sosial paling popular selain akses mudah ke Facebook, Twitter dan lain lain.

Berbekalkan GPS (global positioning system) terbina dalam, kamera 3.2MP, hubungan 3G/HSDPA selain sokongan WiFi berserta jangka hayat bateri yang mampu bertahan lebih lama BlackBerry® Curve 9320 sememangnya pilihan terbaik untuk anda ketika ini.

Celcom menawarkan kawasan liputan terluas di’Malaysia walau di’mana pun anda berada selain daripada menawarkan pakej telefon bimbit pintar BlackBerry® dengan harga yang terbaik. Anda boleh melayari www.celcom.com.my/smartphones untuk maklumat lanjut.