fbpx

Sebut jer kereta mewah dah boleh bayangkan macam mana bestnya dan bangganya jika sesiapa pun memilikinya. Bukan kaleng-kaleng orang mampu pakai kereta mewah ni. Yelah nak ‘bela’ dorang bukan mudah gais, high maintenance tau. Paling tak pun income bulan-bulan memang wajib padu, kalau tak jenuh kais pagi makan pagi kais petang makan petang!

Lainlah kalau Zul Ariffin tu, boleh hadiahkan pada penerbit filem, Gayatri kereta mewah sebagai tanda sayang dan penghargaan. Kalau kami pun tak mampu. Haha.

Tapi baru-baru ini, Harqis Empire pula menawarkan hadiah dua buah kereta mewah Mustang dan tiga Mercedez Benz A250 AMG Line kepada master leader dan executive partner mereka. Pergh, padu bhai! Geng-geng premium semua ni, mantap!

Siapa jer tak nak hadiah kereta mahal pulak tu! Untung betul weh kalau dapat. Kalau kami melompat sampai ke langit tujuh! Haha, gurau-gurau.

Hadiah Kereta Mewah

Kalau anda nak tahu, Harqis Empire ini syarikat pengeluar produk minuman kesihatan Harqis Empire Sdn Bhd. Dan bermula tahun ini, Harqis Empire menghadiahkan kereta mewah kepada ‘executive partner’ dan ‘master leader’ dorang iaitu ejen jualan yang telah mencapai sasaran yang ditetapkan! Fuh, hebat betul.

Pada Majlis Iftar dan Pelancaran Rasmi XS Appetite Series 2022 yang berperisa coklat, caramel latte dan white coffe di ibu negara pada Sabtu lepas, seorang ‘executive partner’ dan ‘master leader’ dihadiahkan kereta mewah mustang dan tiga lagi mendapat Mercedez Benz A250 AMG Line. Wow!

Seperti yang Ketua Pegawai Eksekutif yang juga founder, Nur Saidatul Akma Jamaruddin berkata, pemberian hadiah itu berdasarkan prestasi jualan produk selama tiga bulan berturut-turut yang telah dicapai dengan minimum RM200,000 sebulan.

Jelasnya lagi, mereka perlu mempunyai ciri-ciri yang boleh melahirkan leader baru. Dari situ juga prestasi mereka dilihat seterusnya akan dilantik sebagai ‘executive partner’ atau ‘master leader’.

Bermula Dari Bawah

Siapa sangka kan, dahulunya Nur Saidatul Akma dan pasangannya, Ketua Pegawai Operasi Harqis Empire, Muhammad Aswadi Abdul Wahap memulakan Harqis Empire dengan produk XS Perfect dari bawah jer.

Tapi tengoklah sekarang ini, mereka sendiri pun tidak pernah sangka boleh lahirkan usahawan yang berjaya hingga dapat membuat jualan sehingga jutaan ringgit bersama-sama mereka. Membanggakan betul!

Nak berjaya tak mudah sebenarnya. Komitmen kena betul-betul tinggi. Jelasnya lagi, kira-kira 500 ejen stokisnya memberikan komitmen dalam penjualan produk Harqis Empire hingga berjaya melahirkan 52 orang ‘leader’ dan lima orang ‘elit circle’.

“’Elit circle’ mendapat bimbingan secara terus daripada saya untuk bantu mereka berkembang. Bermula dengan jualan RM14,000, mereka berkembang kepada RM20,000 sebulan sehinggalah ratusan ribu,” tambahnya.

Lebih Banyak Usahawan ‘Dilahirkan’

Nur Saidatul Akma turut berharap agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan serta membina kerjaya yang luar biasa bersama Harqis Empire.

Bila dah ada ‘leader’ sedia ada ini, dapat juga membantunya untuk membawa misi dan visi membantu orang lain mengubah nasib melalui perniagaan online.

“Tak semua ejen yang ada dapat capai seperti yang diinginkan, apa yang penting adalah percaya dengan kepada proses kerana semua pihak akan melalui perkara yang sama.”

Kalau anda nak tahu, ‘leader-leader’ yang hebat di dalam Harqis Empire semuanya bermula daripada satu atau dua ‘parcel’ jer. Tapi tengok sekarang ini semuanya dah berjaya, mlah dah digelar jutawan pun.

“Bagi yang baru menyertai dan hanya membuat satu atau dua ‘parcel’ tu jangan risau, mungkin sekarang ni dorang rasa tak layak, tapi percaya pada diri sendiri untuk naik satu persatu tangga kejayaan, insya-ALLAH yang lain juga akan mencapai kejayaan yang sama. Jika tidak sekarang, tiga ke empat tahun akan datang,” jelasnya.

Ada Kelebihan Tersendiri

Untuk info anda, produk XS Perfect sekarang ini diibaratkannya sebagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ramai betul peminat tau.

Nur Saidatul Akma percaya dan yakin produk yang dihasilkan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana gabungan kopi dan coklat untuk diformulakan dengan bahan lain ini boleh diminum walaupun anda sedang menurunkan berat badan.

Beliau juga akan memfokuskan 100 peratus kepada produk minuman kesihatan dan penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa.

Seronok lihat kejayaan orang kan? Takpe anda berdoa lah mana tahu suatu hari nanti anda pun boleh pakai kereta mewah juga. Mana tahu impian boleh jadi kenyataan, ye dak? Yang penting kena berusaha lebih kuat. Usaha tangga kejayaan!