Dapat Bunga Setiap Hari, Nasha Aziz Akui Sedang Dilamun Cinta
Lama tak dengar cerita, siapa sangka pelakon jelita Nasha Aziz kini sudah mencecah usia 51 tahun. Namun, masih kekal cantik dan masih awet muda.
Memetik Harian Metro, Nasha mengesahkan dia kini sedang mengenali seorang jejaka sejak sembilan bulan lalu.
Kata Nasha lagi, dia mengakui sedang dilamun cintan dan lelaki itu mungkin menepati ciri-ciri lelaki idamannya.
“Saya memang dilamun cinta setiap hari. Saya memang mencari cinta setiap waktu. Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua. Kita sokong satu sama lain, cakap benda baik-baik, galakkan satu sama lain, itulah sifat-sifat keluarga Islam. Kita bersaudara.
“Insya-Allah, dia mungkin menepati. Apa pun, kita kena kenal lebih rapat, kan? Tapi, ruang untuk rapat itu, susah juga sebab baru sembilan bulan,” katanya.
Dalam pada itu, Nasha mendedahkan lelaki itu turut menghadiahkannya bunga setiap hari dan pelakon itu menyifatkan ianya sebagai simbolik tanda ingatan.
“Simbolik bunga itu adalah mungkin supaya saya selalu mengingatinya. Saya adalah jenis orang yang, kalau melakukan sesuatu, saya akan lakukan sepenuh hati dan fokus dengan perkara yang menjadi tanggungjawab saya.
“Mungkin agaknya, kerana sikap itu, dia yang ingin menarik perhatian saya memberi saya bunga,” katanya.
Dalam pada itu, Nasha berkata dia mengharapkan pengakhiran yang baik berkenaan perhubungan itu.
<span;>”Bila rezeki yang Allah beri, kita nak tahu ke mana arah tuju kita. Insya-Allah, mestilah ke arah yang baik,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Cintan..teringat mee maggi
Memang cantik kak ni, muda2 pun cantik…benar2 supermodel bukan mcm ada yg perasan model tapi gebu gebu, katek katek. Semoga ketemu cinta yg berakhir dgn perjodohan…Aamiin.
51 dah dia.. aku igtkan 40an lg.. tp tetap lawa
Ni contoh supermodel melayu. Tinggi. Ada aura. Style.
Zmn skrg kat tt, ig , fb yg muka pecah tanah dan tinggi mcm bdk kecik pun boleh claim model. Pastu try hard sgt.
X payah la megah sgt gelaran supermodel tu.. katek ke pendek ke tinggi ke.. masuk bawah 6 kaki.. amalan kita je dibawa..
Apa tk lawo?? Jnji nko ada duit, semua boleh alter!!
@kail panjang sejengkal, tak yah bilang memang semua masuk bawah tu kang. tapi ini kan reality kehidupan. selagi hidup jgn cemburu simpan sikit. bau busuk sampai sini.
Cantik2 pun xde suami n ank jgk..
Ikan kembong..
Jodoh tu urusan Allah
Byk busuk hati kat sini kan. Berat korang brp kilo. Cer citer