Dakwa PRU Macam Berjudi, Suhaimi Saad Tak Nak Mengundi
Tinggal dua minggu sahaja lagi Pilihan Raya Umum ke-15 bakal berlangsung pada 19 November ini, bahangnya kini kian terasa.
Sedang hangat diperkatakan mengenai PRU15, perkara itu turut mendapat perhatian bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad yang memberi pendapatnya.
BACA: Suhaimi Saad Tak Percaya Teori Bumi Berputar & Manusia Ke Bulan
Menerusi video dikongsikan seorang pengguna TikTok, Suhaimi berkata ahli politik yang bertanding tidak ubah seperti berjudi kerana ada ‘wang pertaruhan’ untuk menjadi calon PRU. Menurut Suhaimi lagi, jika calon tersebut gagal atau kalah, duit yang dilaburkan akan hangus begitu sahaja.
@matzam9
“Hampa buat mengundi itu wajib, esok Allah tanya hampa jawab! Aku bumi pun tak sama dengan hampa.
“Hampa tau dak orang yang mengundi, ambil calon tu keluarkan duit pertaruhan, judi tau tak yang hang duk sokong, bela duk undi tu. Kalau kalah hangus, judi ke dak? Itu pemimpin berjudi tu yang hampa angkat nak jadi pemimpin, wakil rakyat oo sorry!” katanya.
Dalam pada itu, Suhaimi berkata dia tidak akan turun mengundi meskipun ada pihak yang memaksanya berbuat demikian.
“Nak mengundi silakan, nanti jawab sendiri pada Allah. Allah sendiri suruh bersatu padu dan jangan pecah belah,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo
Sbg org Islam tiap tindak tanduk kita atau perangai kita Allah akan tanya dan nilai nnt di Mahkamah Yaumil Mahsyar. Ko nk jawap apa bila ko xnk sokong org Islam yg berusaha nk tegakkan Islam walaupun usaha dia gagal sbb dihalang org2 munafik, fasik dan kapir. Tp kalau ko yg mengaku Islam langsung xnk sokong usaha org2 spt ni dah laa ko x keluar buat dakwah, ko x keluar pegi halang kemungkaran atau amar makruf nahi mungkar! Lps tu suruh sokong org nk buat keje2 agama pun ko xnk?! Ko rasa layak ko duduk satu saf dgn golongan ahlil sunnah dgn Rasulullah saw nanti???!
Dia ni x payah lyn laa buang masa! Satu sen haram pun x guna! Sampah msykt je!
tapi bantuan kerajaan ambik juga kan…
Memilih pemimpin tu fardu kifayah la bingai, pergi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus…suwey betul la hidup ko nih!!!
Melayu yg memperbodohkan melayu dan agama.
Nko duit pn tk dooo, sembang brgegor telooo
Nobody cares about your opinion. .and who tf are you dude? Tak kesian kat diri sendiri, kesian la sikit kat anak bini ngko tu, so embarassing to have a father/husband like you. . Dah la hidup pun tak teratur, still nak busybody pasal hal yg tak patut pun ngko amik tahu. . Loser betul
..kalo taknak campur ngan orang, duduk je lam hutan bang oi..buat hal sendiri..
Teruknya cara berfikir dia ni. Apa lah agaknya pengalaman hidup yang telah dia lalui sampai dia jadi macam ni. Kesian pun ada. Pelik pun ada. Dan tertanya tanya, kehidupan yang macam mana, yang kena dimata dia. Boleh kata semua benda tak kena.