fbpx

“Da’i Syed Suka Mengusik Tapi Tak Sampai Aniaya Wanita”

Pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Da’i Syed, nampaknya usahawan kosmetik Joy Revfa turut terkena tempias berhubung kontroversi terpalit pendakwah muda itu.

Joy mendedahkan dia menerima banyak mesej bertanyakan mengenai dakwaan tersebut. Namun, Joy berkata Da’i Syed suka mengusik dan kelihatan nakal namun tidak pernah berkelakuan tidak senonoh terhadap wanita.

BACA: “Dia Tak Setuju Dengan Pilihan Saya Nak Sertai Program Da’i”

“Sejak isu itu menjadi tular, saya terima banyak DM dan ramai netizen yang tag nama saya ruangan komen berita berkaitan Da’i Syed.

“Sebenarnya, Da’i Syed ini memang nampak nakal dan suka mengusik walaupun dia seorang pendakwah. Tapi sepanjang berkawan dengan dia, tak pernah lagi dia aniaya perempuan. Dia juga menghormati saya sebagai seorang kakak,” katanya.

Dalam pada itu, Joy berkata tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan kepada Syed itu sesuatu yang serius dan meminta pihak yang terlibat tampil membuat laporan polis jika dakwaan itu benar.

“Bagi saya tuduhan yang dibuat itu berat dan serius. Tapi sekiranya dakwaan itu benar, mohon mangsa yang terlibat itu tampilkan diri supaya kedua-dua pihak tak teraniaya. Daripada apa yang saya baca dan faham, individu yang membuat dakwaan itu bukan mangsa,” katanya.