fbpx

Susulan berita perkahwinan Fatin Afeefa yang berlangsung semalam, pelakon Adam Shahz berkongsikan rasa gembira di atas penikahan bekas isterinya itu. 

Memetik Harian Metro, bagaimanapun Adam turut mengingatkan Fatin tidak lupa tentang tarikh perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak mereka pada 26 Januari ini.

BACA: Fatin Afeefa Bernikah Dengan Kekasih Jutawan?

“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja. Dah kahwin, dah lepas, cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti,” katanya.

Menurut Adam ini merupakan perbicaraan kali pertama mereka bagi menuntut hak penjagaan anak dan mendedahkan dia tidak dapat berjumpa dengan mereka Ivy Herra Sophia kini berusia 7 tahun.

“Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu. Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apa pun, saya bergantung kepada keputusan mahkamah.

“Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan, jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak. Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekali pun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak,” katanya.