Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memohon maaf sekiranya ada yang kurang senang susulan aksi mesra di media sosial bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Memetik mStar Online, Bella berkata apa yang dipamerkan itu hanyalah sebagai tuntutan kerja termasuk untuk bersiaran langsung bersama-sama.

BACA: Bella Astillah, Syed Saddiq ‘Kunci Mulut’ Dakwaan Dah Bertunang

“Kepada semua yang selalu nampak kami bersama, saya minta maaf kalau ada yang kurang senang. Semua itu adalah kolaborasi yang kami perlu selesaikan termasuk kerja dari klien termasuk siaran langsung bersama,” katanya.

Bagaimanapun, Bella menjelaskan kemesraan yang dipamerkan oleh Syed Saddiq adalah spontan apatah lagi pemuda berusia 33 tahun itu bukanlah seorang pelakon.

Dalam pada itu, Bella berkata dia segan untuk mengulas mengenai hubungan bersama Syed Saddiq serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.

“Saya segan sebab ada dua orang anak. Nak cakap lebih pun kurang manis. Mungkin kedengaran klise tapi doakan yang baik-baik. Saya tak mahu cakap lebih-lebih sebab ada hati dan keluarga yang perlu saya hormat,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×