fbpx

Curang Berkali-Kali Dengan Orang Sama, Shuk Akui Tak Best & Tak Bahagia

Rumah tangga pelawak Shuk Sahar sering menjadi perhatian ramai apabila isterinya, Rossa Serra sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Selepas sekian lama menyepi daripada media sosial, baru-baru ini Shuk ada membuat Live di TikTok mengakkui berkali-kali curang dengan isterinya.

BACA: Kereta Terjun Parit, Isteri Shuk Tanya Siapa Wanita Bertudung Hitam?

Live TikTok itu dikongsikan semula oleh satu akaun TikTok menggunakan nama @gula_ hatii. Menerusi Live tersebut, Shuk berkata tindakannya itu tidak membuatkan dirinya bahagia.

Kata Shuk, ada yang meminta tips untuk curang, namun pelawak itu meminta supaya menghentikan niat tersebut supaya jangan jadi sepertinya.

“Apa yang saya boleh nak cakap satu je, tak best, tak happy. Kalaulah aku boleh jadi baik. Tak best pun. Yang mana nak minta tips curang, tak payahlah,” katanya.

Shuk turut menitipkan nasihat kepada mereka yang sudah berkahwin dan berkeluarga supaya tidak mengikut sepertinya.

“Tak payah buat pun. Aku curang dengan orang yang sama berkali-kali. Mungkin ada yang curang dengan orang lain. Tapi kalau dah ada family janganlah curang,” katanya.