Perkongsian pelakon Nur Fazura sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik petikan ayat 173 surah al-Imran dalam hantaran Instagram Story beberapa hari lalu.
Hantaran berkenaan sekaligus mencetuskan persoalan membabitkan rumah tangga pelakon itu bersama suaminya, Fattah Amin yang kini menjadi bualan di media sosial.
BACA: Netizen Bosan Fattah Amin Diam Seribu Bahasa?
“Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami,” kongsinya.
Sementara itu, menerusi satu perkongsian lain Fazura memetik hadis Rasulullah yang berkaitan dengan hati.
“Apabila ada perkara yang mengganggu ketenteraman hatimu, menyerahlah,” katanya.
Perkongsian Fazura itu sekaligus terjawab apabila hari ini aktres itu memfailkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Sumber yang mengesahkan perkara bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya dan punca pernceraian tidak didedahkan.