fbpx

“Cukuplah Aibkan Saya, Keluarga Malu”

Pelik mengapa status jantinannya menjadi isu perdebatan, Nur Sajat meminta orang ramai berhenti bercakap mengenainya kerana ia mengaibkan maruah dirinya. Jelasnya, hal itu turut menyebabkan keluarga menangung malu.

BACA: Jakim Akan Sahkan Jantina Sajat Dalam Sebulan

“Cukup-cukuplah mengheret dan mengaibkan narna saya. Kasihanilah keluarga saya yang terpaksa menanggung malu aklbat isu yang melanda ini. Kalau anda berada di tempat saya pasti anda juga tidak mahu perkara ini terus diperdebatkan dan menjadi isu besar”

Menerusi laman Facebook juga, Sajat mempersoalkan tindakan orang ramai yang menjadikan jantinanya sebagai isu besar sedangkan mereka patut meningkatkan ekonomi sekarang yang makin teruk. Tambah Sajat, beliau hanya ingin membantu orang ramai menjana pendapatan lebih.

“Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan. Saya masih ada keluarga dan anak-anak yang perlu ditanggung. Saya di sini mahu membantu ibu tunggal serta masyarakat Melayu menjana pendapatan”

“Mengapa saya dilayan seperti badut sehingga nama saya dicalar sedemikian rupa. Saya sudah melakukan apa yang terdaya mengapa ia perlu menjadi isu besar,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai status jantina yang bakal didedahkan sebulan lagi oleh Jakim. (rtky/w)