Cik B Ikhtiar Jumpa Bomoh Tulang Untuk Cepat Sembuh

Umum mengetahui, pempengaruh media sosial iaitu Cik B difahamkan masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut kaki kiri.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Cik B dilihat mencuba kaedah perubatan tradisional sebagai salah satu ikhtiar untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

BACA: Umur 20 Tahun, Cik B Dedah Pendapatan Lebih RM500,000 Sebulan

Menurut Cik B lagi, dia mahu segera sembuh kerana tidak mahu menyusahkan orang sekeliling termasuk ibu dan adiknya, Kacak.

“Hari ini mama bawa Cik B ke Batu Gajah jumpa ‘Bomoh Tulang’. Cuba ikhtiar cara kampung. Tak salah kalau nak usaha. Perubatan moden kita buat, tradisional pun buat.

“Cik B nak sembuh cepat. Banyak urusan yang tergendala sebabkan Cik B jatuh. Cik B juga tak mahu susahkan orang sekeliling untuk tolak saya ke sana ke sini. Tak mahu susahkan mama dan Kacak,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Cik B segera sembuh dan sihat seperti sedia kala serta dipermudahkan urusan.

×