fbpx

Chef Wan Naik Hantu Pecat Orang Gaji Pemalas

Baru-baru ini menerusi satu perkongsian di Instagram, cef selebriti popular, Chef Wan berkongsikan mengenai sikap pembantu rumahnya yang tidak menjalankan tugas seperti diamanahkan.

Menerusi entri itu, Chef Wan memuat naik video keadaan balkoni rumahnya yang kotor sebaik sahaja pulang daripada bercuti di Turki.

BACA: Chef Wan Kritik Busana Atlet Malaysia Macam Badut

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Gaji RM1800 tiga kali seminggu untuk bekerja empat jam sehari dan saya masih perlu uruskan hal ini? Jadi saya perlu buat sendiri?

“Saya rasa bersalah pecat pekerja, saya suka nak tolong mereka. Tetapi kenapa saya perlu lalui semua ini? Sedangkan ada banyak hal yang perlu saya risaukan atau orang gaji curi macam-macam,” katanya.

Sementara itu, dalam satu perkongsian sebelum ini Chef Wan berkata pembantu rumahnya itu telah bekerja selama 3 bulan dan diambil bekerja separuh masa bagi membantunya yang kehilangan kerja akibat pandemik.

Katanya lagi, pembantu rumahnya itu sering datang lewat dan terpaksa memecatnya serta merta selepas melihat rumahnya kotor dan berdebu serta tidak dibersihkan dengan sempurna.

“Balik dari Istanbul my part time Malaysian Maid dah kerja about 3 months tiga kali seminggu. Dia kerja untuk 4 jam sahaja. Saja nak tolong dia. Dia hilang kerja akibat Covid,” katanya.

Menurut Chef Wan lagi, beliau cuba untuk sentiasa positif tetapi sering bertemu dengan orang yang bersikap negatif.

Katanya lagi, ada yang datang kepadanya meminta belas kasihan dan pertolongan, namun apabila dibantu lain pula sikap mereka.