fbpx

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan diperintah Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam untuk membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik BH Online, ia berhubung terbitan berunsur fitnah terhadap O’Luanaigh di media sosial. Tiga panel hakim benarkan rayuan O’Luanaigh membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan kenyataan yang didakwa dibuat oleh chef itu tidak memfitnah O’Luanaigh.

BACA: Polis Siasat Chef Wan Kaitkan Gaun Aishwarya Rai Dengan Thaipusam

Hakim Datuk Azizah Nawawi memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O’Luanaigh dan kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Hakim turut memberikan injuksi melarang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan fitnah bekas menantunya serta memerintahkan Chef Wan membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Terdahulu, O’Luanaigh yang juga bekas suami, Serina Redzuawan memfailkan saman pada Februari 2021 mendakwa lapan hantaran media sosial oleh bekas bapa mertuanya mengenainya dan isterinya sekarang dan memfitnah mereka.

Dalam pernyataan pembelaan, Chef Wan berkata kenyataan yang dimuat naik dalam hantaran itu adalah berdasarkan fakta, komen yang adil, dilindungi oleh keistimewaan mutlak dan layak serta dibuat tanpa niat jahat.

SUMBER: BH Online