fbpx

Chef Wan Bengang Hanya Dibenarkan Jumpa Cucu Sekali Dalam 2 Minggu

Lantang bersuara mengenai isu anak-anak dan cucu, baru-baru ini Datuk Chef Wan meluahkan rasa terkilan dengan keputusan mahkamah yang hanya membenarkan dia berjumpa dengan cucunya sekali dalam dua minggu.

Meluahkan perasaannya dalam satu perkongsian baru-baru ini, Chef Wan turut tidak berpuas hati apabila anaknya Cef Riz bersetuju dengan keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah itu.

BACA: Chef Wan Puji Sikap Suami Serina

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Bagaimanapun, anaknya berkata tidak mengapa kerana asalkan dapat bertemu dengan anaknya itu daripada tidak berpeluang berjumpa langsung.

“Akhirnya dengan keputusan sementara mahkamah kami dapat berjumpa dengan Arriana, cucu ke-3 saya, sekali dalam 2 minggu selama sehari daripada ibunya. Siang ambil bersama malam kena hantar balik.

“Tidak tahu mengapa anak saya bersetuju dengan pereturan mereka pada peringkat ini. Bila tanya, ‘Its better then tak dapat jumpa langsung Pa’. 2x sebulan mengikut jam? Saya kata. Dia tidak boleh bermalam dengan kita,” tulisnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata keputusan tersebut tidak masuk akal namun mereka tidak berdaya untuk bersuara. Kata Chef Wan lagi, ramai mereka diluar sana sudah bercerai namun tiada masalah untuk berkongsi hak penjagaan anak.

“Saya dapati keseluruhan keadaan ini sangat tidak masuk akal. Seolah-olah kita tidak berdaya dan tidak bersuara. Ramai orang bercerai tetapi masih membenarkan kedua ibu bapa berkongsi hak penjagaan anak mereka,” tulisnya.

Untuk rekod, Putri Arianna Natasya merupakan hasil perkahwinan Chef Riz dan Shikin Maembong yang berkahwin pada 5 Disember 2014 namun mereka bercerai pada 2016.