Chef Riz Kahwin Kali Ketiga, Chef Wan Teruskan Percutian Ke Hawaii
Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan memaklumkan menerima menantu baru selepas anak lelakinya Chef Riz selamat bernikah kali ketiga dengan wanita pilihan hati dikenali sebagai Nurul.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Chef Wan mengucapkan tahniah kepada anaknya itu serta memaklumkan tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana sedang bercuti di Honolulu, Hawaii.
BACA: Chef Riz & Shikin Maembong Sah Bercerai
Kata Chef Wan dia sudah merancang percutian ke Hawaii sejak dua tahun lalu dan mengambil keputusan untuk meneruskan percutiannya itu.
View this post on Instagram
“Tahniah untuk anak saya atas perkahwinan ini. Alhamdulillah. Ini perkahwinan ketiga untuknya (anak) dan yang kedua buat isterinya (menantu).
“Kedua-dua mereka berjumpa dan bertanya kepada saya untuk meminta restu (berkahwin) sebelum saya terbang ke Honolulu,” katanya.
Menurut Chef Wan lagi, anaknya sudah bertunang dengan isterinya itu sejak lebih setahun lalu malah turut memberikan sejumlah wang tunai yang banyak untuk majlis tersebut.
Bagaimanapun, dia turut menitipkan nasihat buat anaknya upaya tidak membazir ketika mengadakan majlis perkahwinan dan hanya melakukan perkara wajib sahaja.
“Saya memberikan sejumlah wang tunai kepada mereka berdua untuk perkahwinan ini. Ingat tu, tak semua ibu bapa melakukan hal yang sama dengan menaja 100% perkahwinan mereka. Kahwin kali ketiga pun bapa masih bermurah hati.
“Saya beritahu anak, ketika Covid-19 ini, jangan membazir duit buat majlis bersanding, jemput ramai orang dan membazir. Bosan saya dengar orang kahwin tak sudah-sudah atau kahwin cerai,” tulisnya.
Chef Riz atau Muhammad Nazri Redzuawan pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia namun bercerai pada 10 Disember 2012 selepas 11 mendirikan rumah tangga.
Chef Riz kemudian berkahwin dengan kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.
- SUMBER
- Kosmo!
Dah bagi bangkit2 org tua ni…lahai.
dah socmed dia lantak lah dia nak cakap apa.. face the facts! ambik yg baik2 buat pengajaran & teledan yg elok.
anak2 yang ditatang segala dgn kemewahan & kasih sayang tapi buat perangai @ derhaka dgn org tua.. cakap berbelit2 minta disponsor bapa segala bagai pandai tapi nasihat & pandangan bapa tak didengar malah “mengajar” si ayah berbohong.. yg terpalit malu Chef Wan jugak..
Bahahaha kelakor chep Wan nie, dlm nolong sompek laie nko merli!!tpi btolla.. Apa kata orang tua nie..
Kesian chef wan. Tak apa lah chef, doa ajalah anak2 pndai berdikari lps ni. Doa aja yg baik2. 3x kawen 3x kali sponsor. Wow sgt kan. Kalau bpk aku kem slm lama dh haha.
Nasib baik tak terketar tangan… Tahniah chefriz
Elok gak dia ckp terus terang. Dia pun dh bosan dgn kes kahwin cerai anak2 dia. Biar la dia enjoy hasil titik peluh dia sejak muda travelling etc. Semoga anak2 nya insaf dgn nasihat ayah mereka tu. X de ibu bapa yg baik mahu yg buruk utk anak2 tp biasanya anak2 yg akan fikir ibu bapa nak paksa things on them.
Yg ank jantan merenyam..yg ank tino pulak berlaki merenyam x tanggungjawab.
Mane x nya berkali kali nikah cerai!
Ubahlah perangai..burok cerai berai ni..
Semoga dipanjangkan jodoh
Chef wanni pun masalah gak.dia kalau tak malukan org tak sah .dr ko pungpang bising jual aib anak kat socmed baik ko takyah bg terus.gile betul.
Anak2 pun bodoh betul sanggup diaibkan.kalu aku jd ank dia cuba la sedaya upaya guna duit sendiri kot dr satu dunia kene aib ngn si tua ni.baik buat yg ko mmpu jela labu.