Pelakon Rozita Che Wa meluahkan rasa kurang senang dengan penyebaran berita berhubung pelawak lelaki yang ditahan akibat penyalahgunaan dadah.
Menerusi komen yang ditinggalkan, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berpendapat perkara itu tidak perlu disebarkan dan cukup untuk pengetahuan pihak berkuasa sahaja.
BACA: “Zakat Dia Je Sebulan Beratus Ribu” – Individu Dedah Che Ta Tak Pernah Berhutang
“Penting sangat ke nak sebar aib orang macam ini? Kenyataan ini cuma untuk pengetahuan polis je kot,” tulisnya.
Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak setuju dengan kenyataan pelakon tersebut serta ada yang meminta untuk membezakan antara aib dengan jenayah.
“Penting sebab dia selebriti, banyak peminat. Takut nanti ramai yang jadi penagih bila berkawan dengan orang macam ini,” kata netizen.
“Ramai lagi orang tak faham antara aib dan jenayah,” kata netizen
“Wah, orang biasa boleh tak mungkin selebriti tidak boleh (sebarkan),” kata netizen lain.
Terdahulu, seorang selebriti lelaki ditahan leraian dedaun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram di kediamannya di Cyberjaya pada Sabtu lalu. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC).
SUMBER: Kosmo