Gara-gara kerap bercuti ke luar negara, Rozita Che Wan baru-baru ini dikatakan telah kehilangan wang sebanyak RM164,000 ketika beliau bercuti di Switzerland pada tahun lalu. Terkejut dengan dakwaan itu, Che Ta tampil menafikan berita itu dengan menjelaskan sepanjang percutiannya ke luar negara belum pernah beliau kehilangan wang sebanyak itu.
BACA: Che Ta Masih Sayangkan Dunia Lakonan
“Eh, bila masa pula saya hilang duit. Alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah lagi kehilangan wang ketika bercuti bersama keluarga. Mungkin informasi yang diberikan kepada penulis adalah tidak benar. Saya terkejut apabila ada berita melaporkan bahawa saya kehilangan duit sebanyak $40,000 euro ketika bercuti di Switzerland akhir tahun lalu”
“Saya tidak tahu mereka dapat info ini daripada mana dan mungkin juga mereka sudah tersilap orang. Lagi pula cerita itu keluar di ruangan gosip,” katanya kepada Berita Harian Online menafikan laporan daripada ruangan BPOP semalam yang mengatakan beliau telah kehilangan kira-kira 40,000 Swiss Franc ketika bercuti di Switzerland pada tahun lalu”
Terdahulu, dalam akhbar sisipan BPOP menerusi ruangan gosip desas-desus melaporkan bahawa Che Ta telah kehilangan wang tunai kira-kira 40,000 Swiss Franc ketika percutian beliau bersama keluarga di Switzerland pada tahun lalu. Menurut laporan itu juga, Che Ta dilihat begitu tenang dan pasrah dengan kejadian malang yang menimpa dirinya. (rkty/w)