Che Ta Enggan Anak-anak Hidup Susah Bila Dia Tiada
Menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-49 semalam, pelakon jelita, Rozita Che Wan berkata keutamannya kini berikan kepada keluarganya.
Sering memikirkan tentang kematian, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata segala perancangan yang telah dibuat adalah untuk anak-anaknya.
BACA: Paranoid Kena Covid-19, Che Ta Pakai Baju Yang Boleh ‘Social Distancing’
“Semoga Allah berikan saya tubuh badan yang sihat untuk bersama dengan keluarga saya. Selepas ini apa yang saya lakukan semuanya untuk anak-anak.
“Saya selalu fikir kalau Allah nak tarik nyawa saya biarlah saya sudah rancang segalanya untuk anak-anak saya,” katanya kepada Murai.
Dalam pada itu, Che Ta berkata dia tidak mahu anak-anaknya hidup susah apabila dia sudah tiada suatu hari nanti. Ujarnya lagi, meskipun anaknya sudah dewasa namun tetap manja dengannya.
“Saya tak nak bila saya dah tiada mereka macam terumbang-ambing , tak tahu apa yang saya dah rancang untuk mereka kerana anak-anak saya semuanya anak mak walaupun dah besar, manja sangat.
“Tetapi saya gembira bayangkan bila penat balik kerja anak-anak minta tolong sebagai contoh “Mummy esok nak pergi interview nak pakai baju apa? Mummy pilihkan” lalu saya pun siapkan termasuk dengan mask, kena matching dengan tie semua,” katanya.
Meskipun ada yang beranggapan dia terlalu manjakan anak-anak namun bagi Che Ta sebagai seorang ibu dia gembira melakukannya demi anak-anak.
“Mungkin ada orang yang akan cakap terlalu manjakan anak tetapi kita ini ibu mestilah dia happy buatkan untuk anak walau apa pun keadaan dia, penat sekalipun tetap utamakan mereka,” katanya.
- SUMBER
- Murai.my
Nak masuk 5 series rupanya cik ta. Elok wt wasiat awal2 nnt jd mcm kes arwah abam tu lg x jd apa.
Che Ta… Tolong wasiat bulu Mata pelesu yg bertingkek tingkek tu kat Arkib Negara.
Semua para ibu pun ada kerisauan ini tapi hati & perasaan kita harus diserahkan segalanya kpd Allah Taala, tidak selamanya tiap kita hidup dalam kesenangan ada masa perlu dilalukan utk lalui walaupun sedikit kesusahan utk peringatkan kita hanya hamba Nya & sentiasa yakin segala apa jua rezeki & perjalanan hidup kita, Allah ada, masa kita kat dunia pun dah tak lama