fbpx

Tahniah diucapkan buat pempengaruh media sosial, Che Sayang Kitchen yang diangkat sebagai Creator Of The Year di Anugerah TikTok Malaysia 2024.

Che Sayang menewaskan lima pencabar lain iaitu Ryan Bakery, Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra.

Sebak ketika menerima anugerah tersebut di atas pentas, Che Sayang atau nama sebenarnya Qayyum Halid mengucapkan terima kasih buat mereka yang mengundinya.

“Terima kasih kepada yang undi saya. Sebenarnya saya rasa mustahil nak menang. Ini hasil kerja keras dua kali ganda.

“Kalau anda boleh bermimpi, itu bermakna anda juga boleh berkerja keras untuk kejar mimpi tersebut,” katanya.

Che Sayang Kitchen sememangnya dikenali ramai dengan resepi dua minit. Malah, ramai yang suka dengan resepi dikongsikan kerana ianya mudah untuk diikuti dan sesuai untuk mereka yang sibuk.