fbpx

Cermin Depan Kereta Retak? Ini Yang Anda Patut Buat

Siapa jer tak cuak kalau cermin depan kereta kita retak, merekah dan pecah? Nak pula kalau kerosakan itu bukan dari diri sendiri yang buat, dia punya susah hati tu bawak sampai bertahun jadinya!

Kalau anda nak tahu, selalunya kerosakan cermin depan kereta ni dari batu-batu yang terpelanting terkena cermin kita. Ini antara sebab jer lah, sebenarnya banyak lagi sebab-sebab lain seperti serpihan jalan atau persekitaran, suhu tinggi dari cahaya matahari atau mungkin juga dari salah pemasangan.

Diperbuat Dari Kaca Berlamina

Untuk pengetahuan anda, cermin kereta kebiasaannya direka dan diperbuat daripada kaca berlamina (laminated glass).

Proses membuat kaca cermin berlamina ini melibatkan pengapitan antara filem interlayer yang diperbuat daripada Polyvinyl butyral (PVB) iaitu sejenis plastik. Apabila antara dua kepingan kaca ini bergabung melalui tekanan dan haba, ia akan menguatkan lagi komponen tersebut secara kimia dan mekanikal.

Proses pemanasan yang dijalani ini juga menguatkan lagi struktur kaca supaya tahan lasak dan tidak mudah pecah. Malah kaca jenis lamina ini selamat digunakan untuk anda kerana apabila ia pecah akibat kemalangan atau terkena objek keras, ia tidak akan pecah dalam bentuk kepingan kaca biasa. Ia akan berderai menjadi butiran halus.

Selamat ke Memandu Dengan Keretakan Cermin Depan?

via GIPHY

Tetapi! Anda yakin selamat ke kalau memandu dengan keretakan cermin kereta anda tu? Bagaimana pula dengan keselamatan anda?

Penting ya untuk anda risau dengan keselamatan anda dan juga orang yang menaiki kenderaan anda tu. Kadang-kadang dari keretakan kecil itulah ia akan mula merebak menjadi keretakan besar dan boom! Terus berkecai cermin tu. Risaunya!

Memang lah kalau anda memandu dengan celah kecil di kaca depan kereta anda itu tidak berbahaya. Tapi, seeeloknya, cermin depan yang rosak diperbaiki atau diganti secepat mungkin sebelum ada perkara yang tidak elok berlaku di kemudian hari. Jangan sampai jadi mimpi ngeri!

Apa Faedah Yang Anda Dapat?

Apa yang anda dapat kalau perbaiki cermin depan kereta anda tu?

1. Masa

Kalau anda nak tahu membaiki cermin depan yang merekah hanya mengambil masa 30 minit jer. Jimat masa. Kalau anda perbaiki segera, tak perlu lagi lah anda tersadai di tepi jalan tu gara-gara cermin depan berderai! Lagi lama nak tunggu bantuan datang. Ye dak?

2. Keselamatan

Untuk info anda, rekahan kecil tanpa disangka boleh menjadi retakan penuh yang boleh membawa kepada pembentukan serpihan kaca kecil tau. Hal ini boleh mencederakan anda dan juga penumpang kenderaan.

Rekahan yang lebih daripada 7cm dari tepi cermin depan biasanya boleh dibaiki, dengan syarat cip/rekahan tersebut tidak besar lebih daripada 28mm, dan rekahan tidak lebih daripada 76mm. Jadi, apa salahnya kalau anda perbaiki jer dulu kerosakan yang ada tu.

3. Pemuliharaan alam sekitar

Cermin depan yang dibaiki bermakna kurang satu kaca yang tidak boleh dikitar semula dihantar ke tapak pelupusan kerana Polyvinyl butyral (PVB) di antara kaca berlamina mengambil masa yang lama untuk terurai! Haa, nampak macam kecil jer tindakan ini tapi besar faedahnya untuk alam sekitar.

4. Wang

Sebenarnya kalau anda perbaiki cermin anda, ianya lebih murah daripada menggantikan yang baru. Boleh lah nak jimat sikit kan di samping terjaga juga keselamatan anda tu.

Apa Yang Perlu Dibuat?

Jadi, apa yang perlu anda buat? Takkan masih lagi nak mempertaruhkan nyawa?

Nasihat kami adalah anda baiki jer terus cermin depan kereta anda tu. Ingat! Membaiki cermin depan anda lebih baik untuk keselamatan anda serta boleh ke jalan raya tanpa perasaan risau! Kalau tak baiki, nanti ramai yang tersadai di jalan raya. Fikir-fikirkanlah yer.

Anda boleh ke Berjaya Sompo Windscreen Repair Roadshow yang akan berlangsung dari 15-19 Jun 2022, di Oval Concourse di 1Utama Shopping Mall.

Apa yang bagusnya, di sini anda dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang pembaikan cermin depan dan juga boleh tengok sendiri demostrasi pemasangan cermin depan kereta di sana! Wah, menariknya.

Selain itu, Berjaya Sompo juga akan menyediakan perkhidmatan pembaikan cermin depan PERCUMA untuk anda dan semua pemegang polisinya. Untuk info lanjut, anda boleh KLIK LINK INI.