Menjadi satu idaman untuk setiap peminat hiburan Malaysia untuk tidak perlu berjalan jauh demi menikmati konsert artis pujaan.

Kini, anda berpeluang untuk membawa barisan artis popular seperti 6ixth Sense, Ning Baizura, Spider, Kristal dan lain lain ke kawasan sekitar rumah anda atau lebih tepat desa atau kampung.


Celcom The Cube kini berkenan untuk merealisasikan impian anda dengan cara yang cukup mudah & hanya di’hujung jari anda.

Anda hanya perlu memilih Call Me Tones untuk diri sendiri atau yang tersayang dari senarai 20 lagu yang terpilih di laman web rasmi mereka & seterusnya anda akan menerima arahan untuk mengundi nama lokasi anda sebagai lokasi terbaik konsert percuma nanti. 

Sebagai contoh, jika anda meminati lagu Penerang Hati nyanyian 6ixth Sense & Saujana, hanya anda pelu mendail *888*148548# dan menekan butang Call.

Kemudian anda akan menerima notifikasi SMS untuk anda mendaftarkan lokasi yang menjadi pilihan anda untuk konsert Celcom The Cube. Semudah itu!

Konsert akan di’adakan dalam dua fasa pada tarikh yang berbeza. Fasa 1 akan berlangsung pada 31 Mac ini di’desa anda dengan persembahan percuma oleh 6ixth Sense, Ezad, Khalifah dan Ning Baizura.

Fasa 2 pula akan berlangsung pada 19 April ini dengan menampilkan artis Kristal, Spider, Yazer dan The Malayan sebagai penghibur anda di konsert yang bakal menjadi kenangan seumur hidup ini.

Jadi, jangan lupa memujuk kawan kawan, saudara mara, pakcik makcik, sepupu juga jiran tetangga untuk mengundi desa atau kampung anda sebagai lokasi rasmi konsert Celcom The Cube ini. Undian tutup pada 30 April 2012.