fbpx

Celcom Membawakan BlackBerry® Curve 9320 Dengan Hanya RM388

Hujung minggu lalu, kami sempat turun ke Pavilion KL untuk menyertai majlis pelancaran peranti terbaru BlackBerry® Curve 9320 yang di’bawakan khas oleh Celcom.

Niat di’hati memang ingin kami bawa pulang sebiji peranti canggih BlackBerry® Curve 9320 ini tetapi apakan daya kerana setiba’nya kami di’sana, barisan yang ada melangkau kesabaran kami.

100 orang yang pertama hadir ke majlis pelancaran ringkas tetapi meriah ini berjaya membawa pulang BlackBerry® Curve 9320 dengan hanya RM118 dan 5 orang daripada mereka hanya membayar RM88.

Cemburu dengan mereka yang dapat pulang dengan sebuah peranti canggih dengan harga yang sangat menarik? Kini anda juga boleh memiliki BlackBerry® Curve 9320 yang sama dengan harga tidak kurang hebat’nya. Anda hanya perlu membayar sebanyak RM388, bagaimana?

Dengan kontrak hanya 12 bulan, tidak selama mana jika anda fikirkan betul betul, anda boleh memiliki BlackBerry® Curve 9320 dengan harga serendah RM388 dengan rangkaian telekomunikasi paling luas & terbaik di Malaysia iaitu Celcom.

Kenapa BlackBerry® Curve 9320 anda tanya? Selain dari merupakan telefon bimbit terkini daripada BlackBerry, model Curve 9320 ini memang di’cipta untuk mereka yang gemar bersosial & mementingkan silaturrahim sesama rakan atau pun orang tersayang.

BlackBerry® Curve 9320 mempunyai kekunci khas untuk akses terus ke BlackBerry Messenger (BBM) yang merupakan platform sosial paling popular selain akses mudah ke Facebook, Twitter dan lain lain.

Berbekalkan GPS (global positioning system) terbina dalam, kamera 3.2MP, hubungan 3G/HSDPA selain sokongan WiFi berserta jangka hayat bateri yang mampu bertahan lebih lama BlackBerry® Curve 9320 sememangnya pilihan terbaik untuk anda ketika ini.

Celcom menawarkan kawasan liputan terluas di’Malaysia walau di’mana pun anda berada selain daripada menawarkan pakej telefon bimbit pintar BlackBerry® dengan harga yang terbaik. Anda boleh melayari www.celcom.com.my/smartphones untuk maklumat lanjut.