fbpx

Sekiranya anda telah menerima atau pun baru sahaja nak menuntut kredit e-wallet eBelia RM150, anda mungkin tertanya-tanya apa dan di mana anda boleh membelanjakannya. Betul tak?

Mesti macam-macam benda yang bermain di fikiran anda kan? Pilihan tu memang sangat banyak dan tiada berkesudahan, tetapi biarlah anda laburkan kredit eBelia anda tu di tempat yang betul.

Kalau diikutkan tahun lepas adalah masa yang sangat tertekan bagi semua orang dengan kemunculan virus COVID-19. Mungkin ramai di antara kita termasuklah anda mengabaikan penjagaan diri sendiri. Tak sempat nak bermanja dengan diri, ye tak?

Jadi, dah alang-alang anda dapat kredit eBelia tu apa kata ambil kesempatan ini untuk melabur dan memanjakan diri untuk sedikit perubahan? Terutamanya semasa lockdown ini, ‘berkurung’ sambil mencantikkan diri. Agituh!

Berikut adalah senarai barang-barang rawatan diri yang berguna dan yang boleh anda habiskan kredit eBelia anda dengan menebus melalui aplikasi Boost e-wallet:

1. Pimple Patches

Bila dah kena berkurung, tinggal di rumah untuk belajar atau bekerja boleh menjadi sangat tertekan. Lain tau persekitaran bila berada di ofis dengan di rumah ni. Rasa terbatas sikit bila di rumah. Kadang-kadang tu sampaikan lupa, ‘tak tau siang, tak tau malam’. Setuju tak?

Bila dah tertekan, ‘kawan baik’ pun mula lah datang menyinggah iaitu jerawat. Alaa…stress betul lah! Jadi, apa kata anda lengkapkan diri anda dengan COSRX Pimple Patch yang terkenal dari Hermo ini. Harganya pun murah jer. On budget gituh.

Kalau anda nak tahu, pasta hidrokoloid ini membantu menyerap minyak dan kotoran secara langsung dari jerawat anda. Gunakannya semalaman, mesti bila anda bangun nanti nampak perubahannya. Jerawat akan mengecil dan anda akan nampak kotoran jerawat tu keluar dari patch ini. Sangat memuaskan!

2. SPF130 PA+++ Sunblock

Ramai dari kita terbiasa memakai pelindung matahari ketika kita berenang, mendaki atau bermain di bawah sinar matahari jer kan? Tetapi, tahukah anda yang kita mesti sentiasa memakai perlindungan matahari walaupun pada hari mendung dan juga ketika berada di dalam rumah!

Kalau anda nak tahu, sinar matahari sehingga 80% dapat menembusi tingkap tau. Jadi tiada alasan untuk katakan tidak pada pelindung matahari.

Kalau anda pakai skincare ribu riban pun tapi tak pakai pelindung matahari, tak ada gunanya juga yer. Sangat-sangat penting pelindung matahari!

Anda boleh memilih pelindung matahari yang mempunyai spektrum luas seperti Sunplay Sunblock SPF130 PA+++ ini untuk mengurangkan pendedahan kepada sinar UV yang boleh menjadikan kulit anda cepat tua atau menua. Ini boleh didapati di Hermo.

3. Lilin Wangi

Lilin adalah barang rawatan diri yang kurang mendapat perhatian. Bergantung pada aroma, ia dapat membantu anda berehat, merasa bertenaga, dan dapat menjadikan otak anda dalam keadaan lebih produktif.

Cubalah aroma segar seperti Open Window by Cocod’or ini. Ia dapat membantu menenangkan fikiran dan jiwa anda setelah seharian bekerja dan belajar online dari rumah!

4. Topeng Muka

Ada sesuatu yang sangat ‘mewah’ apabila anda meletakkan topeng muka yang sejuk pada kulit untuk kelihatan wajah yang segar dan bersih. Ini adalah kaedah yang baik untuk menghilangkan tekanan semasa anda berbaring selepas mandi di akhir hari, sementara kulit anda menyerap semua kebaikan dari topeng muka.

Topeng muka Hyaluronic Acid Essence Dr. Morita adalah pilihan yang bagus untuk kulit lembut, terhidrat dan lebih anjal. Inilah ‘perjalanan’ anda untuk mendapatkan glass skin! Anda boleh mendapatkan sekotak 5 keping di Hermo.

5. Losyen Badan Yang Menghidrat

Sebilangan besar dari kita suka duduk di dalam bilik penyaman udara sepanjang hari atau sering mandi untuk menghilangkan rasa panas dan untuk rasa lembap.

Sangat penting untuk memastikan kulit anda kekal terhidrat dan lembap agar kulit tidak merekah, kering dan gatal. Losyen Aveeno, Daily Moisturising Sheer Hydrating ini sesuai sangat untuk anda ada bagi memastikan kulit anda sentiasa dalam keadaan lembap.

Anda boleh dapati di Hermo, sangat sesuai untuk cuaca kita sekarang ini. Apa yang bestnya losyen ini tidak berminyak dan menyerap dalam beberapa saat sahaja. Ia juga dapat memberikan anda kulit yang lembut dan sihat!

Dapat Potongan Lagi!


Haa, amacam gais? Dengan 5 produk ini pun dah mencukupi sebagai produk untuk rawatan diri anda. Lebih-lebih lagi bila dengan jumlah kesemua barang ini kurang dari RM150! Masih ada balik lagi tu untuk anda beli barang yang lain. Sekali sekala manja kan diri tak salah pun. Untuk diri sendiri juga.

Gunakan Boost sebagai kaedah pembayaran anda di Hermo dan gunakan kredit eBelia RM150 anda untuk kesemua produk yang kami listkan tadi. Dengan perbelanjaan minimum RM130, anda dapat potongan RM12 lagi weh. Gila untung!

Anda Tahu Tak?

Penuntut eBelia yang berjaya dengan Boost boleh menikmati potongan sehingga 15% dengan perbelanjaan minimum RM100.

Di samping itu, penerima Boost eBelia juga akan menerima ganjaran gaya hidup sehingga RM300, dan dapat menjana pendapatan tambahan sehingga RM1,500 serta peluang memenangi hadiah bernilai RM50,000! Pergh, banyak tu.

Nantikan dengan mengikuti saluran media sosial rasmi Boost di Facebook dan Instagram. Sebagai alternatif, lawati LINK INI untuk maklumat lebih lanjut.

Tiba Masanya Untuk Tuntut RM150 eBelia Anda Dengan Boost

Tips nak cantikkan diri pun kami dah tunjuk di atas, jadi sudah tiba masanya untuk anda tuntut tuntut RM150 eBelia anda dengan Boost. Wuu!

Anda nak tahu tak part paling best? Boost adalah satu-satunya e-wallet yang bagi extra income sambil sapot lokal! Padu…

#WeBelanjaU dengan ganjaran sehingga RM300, tambah extra income sehingga RM1,500, dan lebih RM50,000 hadiah untuk diberikan untuk anda! Psst, anda juga berpeluang untuk menang Commemorative Gold Coin bernilai RM29,000* Mind blowing!

*Nilai Commemorative Gold Coin bergantung pada harga pasaran semasa.

Jom semak dulu kelayakan anda untuk claim eBelia:
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021, atau seorang pelajar sepenuh masa berperingkat diploma atau SKM4 ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Dah okay, ikut langkah-langkah di bawah
1. Klik banner eBelia di homepage app Boost atau klik SINI.
2. Tekan ‘Claim Now’ dan check dalam 3 hari (ini standard untuk semua e-wallet eBelia)
3. RM150 eBelia akan tertera dalam Wallet di homepage. Jangan risau, dia macam Wallet biasa, go shop online atau offline pun boleh!
4. Tekan ‘Get Rewards’ untuk extra savings bila shopping nanti seperti vouchers atau cash rewards. Now start Boostin’!

Tip: Guna ganjaran dari Boost dulu, baru eBelia untuk extra savings! Dengan full lockdown ini, duduk rumah diam-diam dan shopping la puas-puas di phone anda dengan Boost! #SenangJer

Info lanjut tentang eBelia:T&C, anda boleh klik LINK INI. Untuk Lifestyle Rewards: T&C, boleh klik LINK INI.