fbpx

Cara Mudah Untuk Anda Miliki Barangan Sukan Dengan Harga Rendah

Kami tidak mahu beri terlalu banyak tips kerana tahu anda bukan suka sangat baca panjang lebar bukan. Namun, jika anda berminat untuk membeli peralatan sukan baru atau gantikan yang lama, ini peluang anda. Atau pun anda mencari kelengkapan kasual.

Sport Planet akan memulakan jualan secara besar besaran, tidak bergurau punya besar di ruang sebesar 25,000 kaki persegi bermula 29 Oktober sehingga 10 November 2015 ini.

a2

Jualan gudang Sport Planet ini akan berlangsung di The 19, USJ City Mall, USJ Subang Jaya dan akan menampilkan pelbagai pilihan barangan sukan kesukaan anda pada harga potongan sehingga 70%. Memang berbaloi untuk berjimat orang kata.

11224624_778547715600455_14853979877987485_n

Bukan itu sahaja, jualan gudang Sport Planet yang bermula setiap hari pada 11.00 pagi sehingga 9.00 malam ini juga merupakan jualan barangan sukan terbesar di Malaysia setakat ini. Cari apa sahaja pasti jumpa!

a9

Mereka pesan kepada kami untuk sampaikan kepada anda yang jualan gudang ini turut menampilkan jenama hebat seperti Adidas, Puma, Nike, Timberland, Yonex dan lain lain. Senang cerita, apa yang anda mahukan kemungkinan besar ada.

12119082_776446379143922_2492651859417715281_n

Tunggu apa lagi? Jadualkan masa anda untuk berkunjung ke The 19, USJ City Mall, USJ Subang Jaya bermula 29 Oktober ini untuk borong sakan di jualan gudang terbesar Sport Planet. Bersukan itukan amalan sihat, pastinya perlukan kelengkapan hebat.