Cara Mudah Untuk Dapat Pelepasan Cukai Sehingga RM12,000
Setiap tahun pasti ramai yang akan berkata mereka membayar cukai terlalu banyak lebih lebih lagi pada tahun 2015 ini dengan pengenalan GST. Jadi, apa sahaja cara untuk menyimpan duit dan berjimat dari membayar cukai pastinya akan menjadi perhatian ramai.
Lebih lebih lagi jika anda boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM12,000. Bagaimana caranya?
1. Simpan Dengan SSPN-i
Sekarang adalah masa terbaik untuk menyimpan demi masa hadapan anak anak anda, ibu bapa dan ibu bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 setahun dan ianya tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 seorang setahun bermakna anda berdua boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM12,000.
Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 setahun namun individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.
2. Simpan Dengan SSPN-i Plus
Jangan risau jika anda masih belum berkeluarga, menerusi SSPN-i Plus jika anda menyimpan minima RM6,000 dan membuat bayaran premium tahun semasa kepada syarikat takaful sehingga RM6,000 pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM6,000 atas peruntukkan insuran nyawa.
Itu dia dua jalan untuk anda berjimat dan menyimpan duit dari membayar cukai lebih dari sepatutnya. Siapa kata kita tidak mampu menyimpan duit sendiri di zaman sekarang? Maklumat lanjut anda boleh layari www.ptptn.gov.my. Jom!
BORINGGGGGGGGGG… NEXT!!!
Org kafir kena byr cukai,org islam kena byr zakat..tp di malaysia org islam kena byr zakat dan cukai.sbb tu gst haram sbb menganiaya org.bila seorang ustaz di tnya mengenai gst..jwpannya haram terus di gam di tv al hijrah..setakat disember dh di kutip 30 billion..oh najib,laknat lah engkau
Simpan dalam akaun perompak baru dapat pelepasan cukai. hmmm
Retis bayar cukai tak????
bayar zakat lg bagus..bayar to the max..
dah pernah letak kat sspn…dividen…alahai…ciput… bawa kuar, masukkan dalam tabung haji, lagi bnyak dividennya.. amount yg kena bayar ke LHDN, bayar kat pusat zakat… tapi kena kira sendiri dulu amount cukai yg akan kena hujung tahun sblm masuk tahun baru..
Akaun SSPN-i Plus kini boleh dibuka secara online di sspn-i.com
Jangan bertangguh lagi, ada peluang untuk menang kondo, BMW dan banyak hadiah lagi (tarikh tutup 31/05/2016)