fbpx

Cantik Betul Weh, Blooming! Inilah Tempat OOTD Viral Wajib Singgah

OOTD time! Haa, kalau bab bergambar ni mesti ramai yang suka. Barulah boleh letak hashtag OOTD (Outfit of the day) di media sosial masing-masing kan?

Tips nak bergambar ni kena cari tempat yang best dan cantik, baru lah gambar pun akan letup nanti. Kami ada satu tempat yang boleh anda singgah. Percuma pula tu. Kenapa nak masuk tempat berbayar mahal sedangkan ada jer tempat ootd yang menarik dan percuma, ye dak?

Serius Cantik Gila!

Dengan bertemakan ‘Blooming Prosperity’, ruangan bawah di Mitsui Outlet Park, Klia Sepang adalah tempat OOTD menarik yang anda patut singgah kejap. Serius gais, dengan dekorasi bunga yang berkembang mekar dan cantik ini membuatkan anda tak nak pergi mana dah. Patutlah viral sangat.

Anda boleh bergambar di Blooming Prosperity Garden ini dengan pokok-pokok mekar dan hiasan-hiasan bunga yang lawa giler ini gais. Dapat juga mewujudkan rasa gembira dan teruja tu. Ini barulah permulaan baharu memasuki Musim Bunga nanti!

Bukan itu jer, anda juga boleh hayati semangat kegembiraan Tahun Baharu Cina yang tak lama jer lagi ini dengan ganjaran dan promosi menarik dengan diskaun tambahan yang disediakan khas untuk anda. Fuh, best nih. Bukan setakat bergambar cantik jer kat sini, hadiah pun boleh menang lagi. Untung betul!

Hadiah Bernilai RM88,000 Untuk Direbut!

(Tarikh Terpilih Sahaja)

Jika anda dah sampai ke sini, anda perlu rebut peluang untuk sertai keseronokan ‘Chopsticks Challenge’! Anda belanja minimum RM300 dalam maksimum DUA (2) resit dan berpeluang memenangi Baucar Tunai RM100 dan Hadiah Eksklusif!*

Ianya bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam di lokasi Forest Walk, di hadapan Boost Juice Bars. Anda perlu cepat tau. Jangan ketinggalan!

*Terhad kepada 300 pelanggan pertama yang layak setiap hari.

Boleh Tebus Red Packet

Selain itu, anda juga boleh membuat penebusan dan bawa pulang Red Packet MOP KLIA Edisi Terhad dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam maksimum DUA (2) resit di mana-mana cawangan. Fuiyo! Tempat penebusan adalah di Kaunter Maklumat, Dataran Sunshine. Jangan terlepas okay!
*Selagi stok masih ada.

Promosi CNY

Tak lama jer lagi kita bakal menyambut Chinese New Year kan? Jadi, akan ada satu siri Promosi CNY DISKAUN Sehingga 70%! Pergh banyak tu weh. Tak sabar nak shopping. Anda jangan lepaskan peluang membeli-belah dan promosi eksklusif dalam tempoh perayaan ini yer.

*Rujuk promosi yang dilampirkan

Untuk info lanjut, boleh terus klik link media sosial Mitsui Outlet Park KLIA Sepang:

Facebook (@MOPKLIA): DI SINI
instagram @mitsuioutletparkkliasepang: DI SINI
Website: DI SINI

Psst…jangan lupa OOTD tau!