“Cantik Belum Tentu Bahagia…Ada Yang Kena Tinggal, Kena Curang”
Pelakon Bella Astillah menyifatkan kecantikan dalam penampilan diri bukan jaminan untuk seorang wanita menikmati kebahagiaan dalam rumah tangga.
Memetik Harian Metro, Bella berkata dia memilih untuk sentiasa cantik demi menjaga keyakinan diri tanpa cuba menunjuk kepada orang.
BACA: Bella Astillah Maafkan Tapi Tak Akan Lupa Perbuatan Sophia AlBarakbah
“Sebenarnya pada saya, kita (wanita) tampil cantik bukan semata-mata untuk menunjuk pada orang, tetapi lebih kepada membentuk keyakinan diri.
“Kalau nak cakap pasal dia ni cantik-cantik pun ramai saja (wanita) dengan Aliff, cantik-cantik pun kena tinggal, kena curang dan sebagainya, tapi ia terpulang kepada individu itu masing-masing,” katanya.
Menurut Bella, ada dikalangan rakannya tidak menjaga penampilan diri kerana perlu menjaga anak-anak namun suami mereka tetap sayang.
“Ada saja yang saya kenal, kawan rapat dan dia pun jenis tak bersiap, hanya jaga anak-anak dan buat kerja rumah, tapi suami dia tetap sayang. Jadi benda itu (kebahagiaan rumah tangga) tidak tertakluk pada kecantikan atau pun keperibadian seseorang,” katanya.
Dalam pada itu, soal curang tidak boleh dijangka namun apa yang perlu dilakukan oleh wanita adalah untuk tampil cantik demi diri sendiri dan keyakinan diri.
“Dalam soal curang ini, bukan terarah kepada lelaki saja. Wanita atau lelaki, dua-dua ini boleh curang. Cuma, untuk mengelaknya saya percaya jangan memberi ruang seperti kita bagi respon yang nampak okay.
“Masalah pasangan curang ini juga bukan hanya berlaku kepada selebriti saja, tapi mereka dalam karier lain juga. Apapun, semuanya berbalik kepada diri sendiri. Sama ada melayan atau tidak,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
dia cakap bagi pihak dia keee? tapi dia tak cantik pun. setakat dok sibuk serang orang je minah ni. apa talent pun tak tau.
@Minah.. aku sokong ko! kekampungan sngt muka bella ne! x cantik pun! dahlah kontot!!! menyampah tau!!!!!!
Kata2 macam budak2. Dia dah memang tak cantik pun.
Klu cantik pun, skin deep je. So what? Takat mana je cantik tu blh digunakan utk mengurus rumahtangga..
Cantik tp…klu boros? Klu pengotor? Klu pemalas? Klu x pandai mcm2? Klu ajar math anak sekolah rendah pun x tau? Klu kedekut? Klu buruk sangka? Klu xtau apa2 lqngsung pasal isu global? Klu x match dgn suami bab pemikiran? Ha…. so cantik takat dipandang la.
Ini general ye..bukan kata kat sape2. Means kita kena tingkatkan nilai diri n keyakinan diri dlm hal2 lain.
Dari duk mengutuk mencari salah orang,baik korang perbaiki diri korang tu jadi lebih baik…tkdak mnfaat ambil tau psl hal org pun korg juga dapat dosa kan
Diri kita ni dtg dlm bentuk pakej. X payah cantik untuk jadi org yg bertuah. X percaya? Tgk betapa ramai yg x cntik tp bertuah. Tgk sedara terdekat n kawan2 dah. Tu rezeki namanya
Tapi memang pun dia ni katik dan tk lawa pn.org yg katik mmg perasan lawa..ramai contoh terdekat..