Caliph Buskers Miliki Sebab Sendiri Mula Letak Harga Tinggi
Semenjak berjaya menawan hati orang ramai melalui persembahan di atas pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) baru-baru ini, Caliph Buskers didakwa telah mengenakan bayaran yang tinggi untuk melakukan persembahan dan bersikap demand.
BACA: Aweera Anggap Tiada Rezeki & Bangga Dengan Caliph Buskers
Selain itu, bayaran yang dikenakan kumpulan ini dikatakan terlalu mahal. Tidak cukup dengan itu, kumpulan ini juga dikatakan sudah mula memilih untuk mengadakan persembahan di tempat-tempat terpilih sahaja.
Melalui temubual daripada akhbar Kosmo! bersama Zaki iaitu salah seorang anggota paling berpengalaman dalam kumpulan tersebut, dia mengakui mereka memang meletakkan bayaran sedikit tinggi berbanding sebelum ini.
“Mereka perlu fikir mengenai kos pengangkutan dan peralatan yang kami gunakan semasa melakukan persembahan. Jika sebelum ini kami hanya menggunakan teksi untuk bergerak melakukan persembahan, namun kini kami terpaksa menyewa van untuk mengangkut peralatan kami dan semua yang terlibat”
“Sudah tentu kami hendak melakukan persembahan yang baik memandangkan kami kini sudah dikenali secara komersial. Jadi, semua kos itu diambil kira dalam memastikan mutu persembahan kami,” katanya memberi penjelasan.
Menurut Zaki, mengenai soal kenaikan harga tersebut, mereka sebenarnya telah merujuk dan juga dinasihati oleh beberapa pihak yang sudah lama berada di dalam lapangan seni.
“Jika dahulu kami mengenakan bayaran sekitar RM1,000 untuk melakukan persembahan di rumah kenduri kahwin, namun kini kami mengenakan bayaran sekitar RM2,000 untuk melakukan persembahan.
“Bayaran tersebut sudah diambil kira dari segala aspek termasuk caj pengangkutan, peralatan dan sebagainya. Selain itu, secara purata, dalam sehari kami terpaksa memenuhi dua jemputan persembahan,” katanya lagi.
Berharap agar pihak lain memahami keadaan mereka ketika ini, kami melihatkan Caliph Buskers kini perlu tabah dalam menghadapi asam garam dunia seni hiburan. (rtky/syfq)
Alahai RM2000.00 je kot itupun dikatakan demand.. apada.. oklah tu.. rezeki dorang.. selamat dorang x minta RM 20k…
ek’eleh .. demand kemende.. berbaloi la tuu . dh pggil orang tu buat persembahan , byr jela harga yg dia tetapkan . ingat orang tu kerja dia kluarkan suara je , duit xyah kluar ..nk byar sewa pengankutan smua. tah ape2..
aah kesian lah.
nanti nak bahagi wang lagi diorang ramai.
anggap lah bersedekah
Oklah tu…
Lorhhhh aku igt sampai 50k ke… stakat 2k tu takde demand der… Itu pon org ckp dorg demand??? bayangkan ler 2k tu nk dibahagi seramai 6 orang… pastu sewa van bagai… sepatutnya lebih dr itu mereka patut dapat!!! Tp aku tabik kumpulan ni sbb dorg takdelah demand lebih2… sbb dorg tahu rezeki yg Allah SWT tetapkan utk mereka… semoga Caliph Buskers akn terus dimurahkan rezeki olehNya~
okletu-<————–doorgift murah
hahahhaa demand apa.. biasa la tu..
pehh murah la 2…2k…caliph buskers mmg tristimewa dihati aq…
Ape la,bru 2k nk kcoh..giler.
Aku mtk staf gi riki harga show diorg sempena dgn 1 kempen ofis ni..staf kata 1 lagu rm4k…sama ada staf aku ni salah dgr atau staf aku ni tipu aku.tgh tunggu official quotation.
Permainan owg tgh je ni..dowg yg untung lebih sbetolnye
Diorang ckp tu pun tuk jemputan..kalau diorang giler duit diorang xde nk busking depan public dah. Baik duk opis tgu call org pgil show..kalau nk free pegilah tgk diorg busking..pedehal
alahai RM2000 tu kira ok ler ..kalau x mampu nak banyak tu tak payah le nak jemput penyanyi main kenduri kawin
Hmmmmm…. Diaorg bajet boleh bayar Caliph Buskers mcm diaorg busking tepi jalan kot. “Bayarlah banyak mana yg korang suka, kitaorg ni insan kelainan upaya, maka tak bolehlah nk demand wpun sedikit”. Sesiapa yg mulakan isu ini, sila terjun ke dalam gaung sbb sah2 nak aniaya CP. Apalah sangat RM2k zaman sekarang? Korang ingat van bergerak guna layar? Diaorg tak perlu makan, minum? Dia naik pun bukannya banyak. Masing2 cari rezeki halal so tak perlulah timbulkan isu ini dan tak perlulah nk tabur pasir dlm periuk nasik diaorg.
erkkk…RM2000 pun kata demand ke? KEDEKUT DAN BERKIRA SANGATLAH! nanti jemput artis ternama yang minta bayar berpuluh beratus ribu tak nak komplen demand pulak? kenapa? sbb dorang tak sehebat artis yang ternama? double standard much? kasi sepak sekali yang kata demand tu!
ek eleh… dulu sebelum popular bleh jer ambik 1000 apsal skrg naik 2000?? Apa dulu time x popular dulu masa dapat jemputan buat persembahan org kahwin ker takkan bayar sewa van segala tu takde???
2k nk bagikan berapa org plak… cuba sebelum cakap tu fikir pakai otak… cuba kau kerja da bertahun2 tp gaji tak naik2.. nak ke kau keje…
Saje je rotikaya ni nak gembar gemburkan perkara2 yg tak layak digembar gemburkan..nak bg org maki golongan istimewa la tuuuuuuu…udah2 ye wat perangai tak elok wahai wartawan ye.
Yaallah.. 2k tue kira LA berapa sorg dpt… Tgk lah berapa ramai ahli kumpulan… Kos pun tinggi…. Tenaga dia… Kebolehan dia… Pikir2 kan LA.. Artist lain lagi mahal.. Lagi lah sorg2 jer dpt… Nie share rermai plak tue… Renung2 kan lah… Dia pun nk makan jugak…
Laa . . . Aku ingat kan ke 10 ribu ke 20 ribu la tadi, rm 2000 utk 6 ahli utama pun dikatakan mahal. Tu belum masuk manager diorang lagi. Artis yg ntahape2 pun dah 5 ribu, itu pun miming je.
2k utk 6 org tmasuk pengangkutan petrol tol parking tiket makan minum alatan tenaga masa manusia 6 org OKU!
sape yang demand ni?? pelanggan ke CB?? biar betul manusia mana yg tak bleh fikir dgn rasional ni?? jumlah tu terlalu murah. kalau 2k sorg pon masih murah berbanding penyanyi2 yg sejuk beku dan suara 10kali tak sesedap CB.
Kalo nk murah lg,nyanyi sendiri ler..beli gitar sendiri,drum tu ketuk sendiri..tgklh berapa plak org nk bagi..